FacebookInstagramTwitterContact

 

Ring's new indoor camera lets you pan and tilt for a better view           >>           Chelsea's WSL Title Hopes Dented After 4-3 Loss To Liverpool           >>           Fullkrug Earns Dortmund 1-0 First-Leg Win Over PSG           >>           USMNT's Sergiño Dest To Miss Copa América With Torn ACL           >>           USWNT Legend Carli Lloyd Pregnant With Her First Child           >>           The Dutch-Born Quartet Who Are One Win Away From Reaching The Olympics -- With Indonesia           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Istiadat Perkahwinan Diraja dimulakan dengan Istiadat Bersuruh Diraja


Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Masri Osman, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Azmah Haji Ahad, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman, Muhammad Khalid Doughty, Mohammad Hanif A. Halit, Abdul Kadir Md. Tahir

 


 January 8th, 2024  |  07:50 AM  |   168 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam mencatatkan lagi satu peristiwa bersejarah di mana Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam bermula hari ini dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja.

 

Sebagaimana yang lazimnya sejak turun-temurun, Majlis Istiadat Bersuruh Diraja berlangsung dengan penuh adat istiadat yang melambangkan keunikan, keindahan dan kegemilangan Adat Istiadat Diraja.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Bersuruh Diraja yang berlangsung di Balai Persantapan, Istana Nurul Iman, hari ini.

 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Majlis Istiadat Bersuruh Diraja di Istana Nurul Iman bermula dengan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Yusof menjunjung anugeraha kepada Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar untuk mengadap ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menyembahkan bahawa Majlis Istiadat Bersuruh Diraja telah siap sedia.

 

Sebaik sahaja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersemayam diikuti kerabat diraja, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan menjunjung anugeraha untuk menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar yang kemudiannya menyembahkan ke hadapan majis Kebawah Duli Yang Maha Mulia bahawa majlis telah siap sedia.

 

Sejurus selepas Kebawah DYMM menitahkan supaya istiadat dimulakan, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Laila Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris menyabdakan Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj untuk mengadap ke hadapan majlis Kebawah DYMM.

 

Kebawah DYMM kemudian menitahkan agar Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim supaya mengepalai Rombongan Bersuruh Diraja ke Darussidiq, Jerudong bagi menjelaskan hasrat baginda untuk meminang Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam untuk paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Setelah menjunjung titah Kebawah DYMM, Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim menjunjung anugeraha berangkat dari majlis berserta Rombongan Bersuruh Diraja yang terdiri daripada Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Pehin-pehin Manteri dan Manteri-manteri Hulubalang.

 

Kebawah DYMM kemudian dijunjung berangkat ke Bilik Khas berserta kerabat diraja. Sementara itu, Majlis Istiadat Bersuruh Diraja bagi Pengantin Diraja Perempuan berlangsung di Dewan Cempaka, Darussidiq, di sini.

 

Majlis dimulakan dengan Yang Mulia Awang Adam bin Abdullah, ayah kepada Pengantin Diraja perempuan, menjunjung anugeraha untuk mengadap dan seterusnya menjunjung Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong untuk menerima Rombongan Bersuruh bagi pihaknya.

 

Ketibaan Rombongan Bersuruh Diraja yang dikepalai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad dijunjung oleh Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa.

 

Sejurus Rombongan Bersuruh Diraja berangkat tiba, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jaafar bin Haji Abdul Aziz menjunjung anugeraha dan menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bahawa Majlis Istiadat Bersuruh Diraja telah siap sedia.

 

Kemudian, Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit menyabdakan supaya istiadat dimulakan dengan membaca Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dikepalai oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustafa bin Haji Murat.

 

Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad kemudian bersabda dan seterusnya menyampaikan titah Kebawah DYMM kepada Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit mengenai hasrat baginda untuk meminang Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam untuk paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Setelah mendengar akan titah Kebawah DYMM yang disabdakan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad itu, maka Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bersabda menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan dengan hati yang putih lagi jernih menjunjung setinggi-tingginya kurnia titah baginda.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustafa.

 

Setelah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jaafar menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bahawa Majlis Istiadat Bersuruh Diraja telah sempurna dilaksanakan, Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit menyabdakan supaya majlis ditutup.

 

Setelah Majlis Istiadat Bersuruh Diraja sempurna dilaksanakan di Darussidiq, Jerudong, Rombongan Bersuruh Diraja yang dikepalai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad kembali semula ke Istana Nurul Iman.

 

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan menjunjung anugeraha dan menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bahawa Rombongan Bersuruh Diraja telah berangkat balik.

 

Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz kemudian menyabdakan kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan untuk mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis Kebawah DYMM bahawa Rombongan Bersuruh Diraja telah berangkat balik.

 

Setelah itu, Kebawah DYMM berserta kerabat diraja dijunjung berangkat ke Balai Persantapan, Istana Nurul Iman.

 

Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim kemudian mengadap dan menyembahkan ke hadapan majlis Kebawah DYMM, sabda yang diterima daripada Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit. Kebawah DYMM mengambil maklum akan sembah jawapan daripada Yang Mulia Awang Adam.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan menjunjung anugeraha untuk menyembahkan kepada Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bahawa Majlis Istiadat Bersuruh Diraja telah sempurna dilaksanakan.

 

Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris kemudian menyembahkan ke hadapan majlis Kebawah DYMM bahawa Majlis Istiadat Bersuruh Diraja telah sempurna dilaksanakan. Kebawah DYMM seterusnya menitahkan supaya majlis berkenaan ditutup.

 

Berangkat dan hadir pada Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, Manteri-manteri Hulubalang dan Manteri-manteri Pedalaman.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif, Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47