Home > In The Court
Dihukum Penjara, Sebat Akibat Tinggal Lebih Masa
December 20th, 2023 | 13:29 PM | 3475 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warganegara Indonesia, Tonce Anton, berumur 45 tahun, dijatuhkan hukuman atas kesalahan Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17, iaitu tinggal lebih masa setelah Pas Imigresen mansuh.
Individu berkenaan dikenakan hukuman enam bulan penjara dan tiga kali sebatan.
Pendakwaan tertuduh dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Dayang Hadiyatul Majeedah binti Awang Usin dan dibuat di hadapan Majistret Syaffina binti Shahif.
Kes berkenaan merupakan hasil dapatan yang dilaksanakan oleh JIPK semasa Operasi Bersepadu Sakat 169/2023 baru-baru ini bertempat di Mukim Kianggeh.
JIPK ingin menyampaikan peringatan kepada orang ramai terutama kepada para majikan untuk memastikan Pas-pas Pekerja adalah sentiasa sah (valid) dan memastikan pekerja masing-masing bekerja mengikut jawatan yang dibenarkan.
Adalah juga menjadi satu kesalahan sekiranya didapati menyalahgunakan Pas-pas Imigresen yang diberikan.
JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah Imigresen dengan menghubungi ke talian Hotline JIPK di talian +673 8734888 / +673 8753888 (Bandar Seri Begawan) / +673 8984111 (Kuala Belait).
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]