FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>           His Majesty departs from Phnom Penh           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Sokongan Keluarga Pencetus Semangat Untuk Belajar


Foto : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 


 September 17th, 2023  |  08:05 AM  |   3751 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Awang Abdul Hakim bin Mohammad Ridzuan merupakan graduan Sarjana Muda Perdagangan dalam Ekonomi Kegunaan dan Kewangan, Universiti Teknologi Brunei (UTB), juga salah seorang penerima anugerah di Majlis Anugerah Cemerlang UTB 2023 yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, pagi tadi.

 

Beliau telah menerima sebanyak tiga anugerah, iaitu Chinese Ambassador Award, Anugerah University Excellence Award dan Anugerah UTB School of Business Excellence Award.

 

Semasa ditemu bual Pelita Brunei, beliau pertama sekali melahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana telah berjaya beroleh kejayaan setelah berjuang selama tiga tahun di UTB.

 

“Saya juga ingin mengucapkan penghargaan saya kepada semua pensyarah saya yang telah mengajar dan membimbing saya, serta kepada ibu bapa, keluarga, dan rakan-rakan untuk sokongan mereka," luahnya.

 

Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya semasa penempatan bertugas kerana telah membantunya menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja serta meningkatkan kemahiran yang berkaitan dengan kerjanya untuk menjadi individu yang berkemahiran.

 

Menurutnya, belajar di UTB dan mengambil aliran Ekonomi adalah sangat mencabar tetapi alhamdulillah telah memberi ganjaran pada akhirnya.

 

Secara keseluruhan, beliau berterima kasih kerana institut ini telah memberikan dirinya sumber dan peluang untuk berkembang menjadi seorang yang berjaya pada hari ini.

 

Sementara itu, Dayangku Nuri'zzatul A'inili Zahirah binti Pengiran Ridzauddeen merupakan graduan Sarjana Muda Perdagangan dalam Pemasaran dan Sistem Maklumat juga menerima sebanyak dua anugerah, iaitu Chinese Ambassador Award dan UTB SB Best Project / Research Project Award.

 

“Pertama sekali, pujian kepada Allah Yang Maha Kuasa kerana memberikan saya kekuatan tanpa henti, dan kesabaran untuk melengkapkan program ijazah ini walaupun pelbagai halangan telah muncul di sepanjang jalan," ujarnya.

 

Penghargaan beliau yang paling mendalam adalah kepada keluarga, terutamanya kepada kedua ibu bapanya yang sentiasa memberi kepercayaan, sokongan dan menyayangi dirinya tanpa syarat yang mana menjadikan dirinya tidak pernah berhenti untuk terus maju ke hadapan.

 

Beliau juga menyampaikan penghargaan setulus hati kepada UTB untuk peluang indah yang membolehkan dirinya berkembang dan belajar pelbagai kemahiran serta pengetahuan yang boleh digunakan di dunia kerja nanti.

 

Selain memberi tumpuan kepada menjadikan dirinya sebagai pelajar cemerlang dalam pendidikan, beliau menjelaskan UTB turut menyediakan bimbingan mengenai bagaimana untuk menjadi individu proaktif ke arah masa depan yang menjanjikan.

 

“Terima kasih kepada semua pensyarah saya yang telah secara konsisten memberikan semua masa, pengetahuan dan galakan.

 

“Akhir sekali, saya mahu mengambil peluang ini untuk menyatakan penghargaan saya kepada semua orang yang membantu saya, secara langsung atau tidak langsung, sepanjang empat tahun saya di UTB," tambahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41