Home > Sports
Lahirkan Pemain Bola Jaring Berpotensi
August 7th, 2023 | 08:36 AM | 2741 views
BERAKAS
Persatuan Bola Jaring Negara Brunei Darussalam (BNA) hari ini melancarkan Pesta Netball Kitani For 2023 (Pesta Bola Jaring Kitani Bagi Tahun 2023) di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas di sini.
Hadir melancarkan pesta berkenaan, Presiden BNA, Leftenan Kolonel (B) Hajah Wan Shahlimar binti Haji Suhaili.
Acara diisikan dengan aktiviti zumba bagi pemanasan badan daripada tenaga pengajar dari Gimnasium Victorious yang disertai oleh para peserta daripada pelbagai peringkat umur yang menyertai bola jaring dan disusuli dengan 'Fun Community Netball' dari jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.
Matlamat pesta berkenaan adalah untuk mengenal pasti program melahirkan bakat kebangsaan, menemui dan memupuk pemain bola jaring muda yang berpotensi, dan menyediakan sokongan latihan dan pembangunan, termasuk tempat untuk menganjurkan kem latihan dan bengkel khusus.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]