Home > Sports
Kasuka FC Menang Besar
May 13th, 2023 | 07:40 AM | 210 views
BERAKAS
Pasukan Kasuka FC beraksi cemerlang setelah berjaya menewaskan pasukan Indera SC 6 - 1 pada perlawanan Liga Super Brunei yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas, di sini.
Pasukan Kasuka FC menjaringkan gol pertama seawal minit ke-5 oleh Adi Said diikuti pada minit ke-13 oleh Mohammad Khairil Shahme Suhaimi.
Pada minit ke-40, pemain jersi 19, Mohammad Alinur Rashimy Awang Haji Jupri menjaringkan gol ketiga buat Kasuka FC.
Pasukan Indera SC berjaya memecah kebuntuan apabila jaringan pertama berjaya dihasilkan menerusi Zineddine Rafik pada minit ke-39.
Walaupun hujan turun lebat dalam separuh masa kedua, namun pasukan Kasuka FC berjaya menambah dua lagi gol yang dijaringkan pada minit ke-66 oleh Adi Said yang juga selaku Kapten bagi pasukan Kasuka FC dan seterusnya pada minit ke-90 oleh Muhammad Maududi Hilmi.
Perlawanan Liga Super Brunei akan diteruskan lagi pada Sabtu ini, 13 Mei 2023 dengan pasukan Jerudong FC akan melayan pasukan BSRC FC di Kompleks Sukan Tutong pada jam 8.15 malam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]