FacebookInstagramTwitterContact

 

China's C919 Passenger Plane Enters Into Service           >>           US Debt Ceiling Deal Ready For Congress Vote, Joe Biden Says           >>           Food Price Cap Will Not Make A Difference - Retailers           >>           China Discloses Tasks Of Shenzhou-16 Crewed Space Mission           >>           China Conducts Central Bank Bills Swap           >>           China's Central Bank Adds Liquidity Via Reverse Repos           >>           China's interbank treasury bond index opens lower Monday           >>           Cuba Advances In Telecommunications Services           >>           Chinese yuan strengthens to 7.0575 against USD Monday           >>           Gardening Tips: 12 Non-Toxic Ways To Get Rid Of Weeds In Your Driveway           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events


Let’s Raya 2023
April 13th, 2023 | 10:09 AM





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:33 AM

Subuh

: 04:43 AM

Syuruk

: 06:06 AM

Doha

: 06:30 AM

Zohor

: 12:19 PM

Asar

: 03:43 PM

Maghrib

: 06:29 PM

Isyak

: 07:44 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


47 Pelajar JIS Cemerlang Dalam British Science Competitions


 


 May 5th, 2023  |  08:08 AM  |   736 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 47 orang pelajar Tahun 11 hingga Tahun 13 Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) mencapai keputusan yang cemerlang dalam dua pertandingan British Science competitions - the British Physics Olympiad and UK Chemistry Olympiad.

 

Pertandingan berkenaan diadakan pada setiap tahun dan menarik lebih 14,000 orang peserta daripada sekolah di seluruh dunia yang bertujuan untuk mempamerkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang fizik dan kimia.

 

British Physics Olympiad menyaksikan pelajar Tahun 11 menyertai dua pertandingan sebagai sebahagian daripada Cabaran Fizik Pertengahan, dengan tiga orang peserta mencapai Anugerah Emas, iaitu Aiman Zulhilmi; Joey Sha; dan Yajna Karri.

 

Selain itu, lapan orang pelajar memperolehi perak, lapan Gangsa dan satu kepujian.

 

Anugerah Emas untuk kertas bertulis meletakkan pelajar dalam 10 peratus (%) teratas daripada  2,500 orang pelajar yang menyertai pertandingan.

 

Manakala,  Pelajar Tahun 12 menduduki kertas Senior Physics Challenge dan mencapai enam perak, 12 gangsa, dan 11 kepujian.

 

Selain itu, seramai dua pelajar JIS, Yahya Husain Ul Hasan dan Kiefer Lim, pelajar Tahun 13 menunjukkan prestasi cemerlang dalam pertandingan Physics Olympiad (BPhO), peperiksaan yang dijalankan selama tiga jam.

 

Awang Yahya mencapai Anugerah Perak, manakala Kiefer menerima Emas Teratas dalam Fizik, meletakkannya dalam 6.6  % teratas pelajar yang menduduki kertas berkenaan.

 

Pelajar JIS juga cemerlang dalam UK Chemistry Olympiad, dengan pelajar yang mengambil bahagian menduduki ujian Pusingan Pertama Kimia dan dua orang memperolehi Anugerah Emas, iaitu Kiefer Lim; dan Timo Stapel.

 

Markah cemerlang Kiefer berjaya meletakkannya dalam kalangan 80 calon teratas daripada seramai 11,838 penyertaan.

 

Selain itu, dua orang pelajar menerima Anugerah Perak, dan enam menerima Anugerah Gangsa.

 

“Kimia dan fizik adalah mata pelajaran yang sangat popular di JIS.

 

''Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar ini atas keputusan yang cemerlang. Kesemua mereka (keluarga serta guru) pasti berasa berbangga - sama seperti kita!,'' ujar Pengetua JIS, Nicholas Sheehan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Everest Climber Buried Next To Mother’s Grave

 2023-05-29 07:38:57

Why Everest Base Camp Won't Be Moving Anytime Soon

 2023-05-29 08:49:28

China's C919 Passenger Plane Enters Into Service

 2023-05-29 11:10:23