FacebookInstagramTwitterContact

 

'God Of Destruction' Asteroid Apophis Will Come To Earth In 2029 — And It Could Meet Some Tiny Spacecraft           >>           Microsoft's web-based mobile game store opens in July           >>           Google just patched the fifth zero-day exploit for Chrome this year           >>           Hulu's Black Twitter documentary is a vital cultural chronicle           >>           PSG Kit Launch Gives Fans First Glimpse Of Post-Mbappe Era           >>           Inter Milan Thrash Frosinone For Season's-Best 5-0 Win           >>           Transfer Talk: Barcelona Aiming To Sign Nico Williams           >>           How Tottenham Are Preparing For Their First FA Cup Final           >>           Man United Want To 'Rectify' Poor Season With FA Cup Win – Ladd           >>           US Says Israel May Have Breached International Law With American Weapons In Gaza           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ulang Tahun Penubuhan Universiti Al-Azhar Disambut


 


 March 31st, 2023  |  10:27 AM  |   147 views

TUTONG

 

Bagi memperingati penubuhan Universiti Al-Azhar pada 7 Ramadan 361 Hijrah, Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Negara Brunei Darussalam (NBD) saban tahun menyambut Hari Al-Azhar Al-Syarif Sedunia dengan acara bercorak keagamaan dan Doa Kesyukuran.

 

Pada tahun ini, Rabitah mengadakan majlis seumpamanya di Masjid Ar-Rahim, Kampung Bukit Panggal, Tutong.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat, diikuti dengan Kalam Azhari iaitu sesi ceramah disampaikan oleh Pegawai Ugama, Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Awang Mohammad Nasyith bin Superi.

 

Isi ceramah antara lain menyeru umat Islam untuk memperbanyakkan ibadah, sedekah dan amalan-amalan sunat bagi meraih fadilat dan pahala yang berlipat ganda, terutamanya di bulan Ramadan. Atur cara diteruskan dengan bertadarus Al-Quran dan bacaan Tahlil.

 

Majlis pada tahun ini turut menyantuni anak-anak yatim dengan penyerahan derma oleh tetamu kehormat kepada seramai 16 penerima terdiri daripada penduduk berhampiran dan anak-anak Alumni Al-Azhar sendiri.

 

Acara diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan dipimpin oleh Ahli Eksekutif Rabitah, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahhuddin, diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa dan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

 

Penubuhan Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar NBD sejak lima tahun lalu, berperanan untuk menghimpun dan menyatukan seluruh Alumni Al-Azhar, iaitu daripada generasi awal yang melanjutkan pengajian ke sana hinggalah ke hari ini dan akan datang.

 

Kehadiran para Alumni Al-Azhar di persada perdana negara telah berupaya memastikan agama Islam terus diamalkan dengan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah bermazhab Syafie menerusi pendidikan, dakwah, undang-undang dan kehakiman.

 

Majlis juga bertujuan untuk menghidupkan bulan Ramadan melalui kelebihan dan fadilat Al-Quran, seterusnya menjadi salah satu wadah dalam menyatu padu dan mengukuhkan jalinan kerjasama serta silaturahim para ahli Rabitah, khususnya dalam melaksanakan apa jua program berkebajikan.

 

Selari dengan tujuan penubuhan Rabitah, majlis juga diadakan sebagai dukungan terhadap usaha kerajaan dalam memperkukuh dan mengembangkan ajaran Islam melalui dakwah, sesuai dengan seruan Al-Quran dan saranan hadis Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam melahirkan masyarakat yang muafakat, saling bertolong-tolongan dan peduli antara satu sama lain.

 

Turut hadir memeriahkan majlis, Pemangku Ketua Kampung Bukit Panggal, Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Ar-Rahim serta penduduk kampung.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Kashmir: Why Modi's BJP Is Not Fighting Elections In The Himalayan Region

 2024-05-11 10:07:53

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59