FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Komited Memastikan Penyampaian Perkhidmatan Dengan Cekap, Efisien


 


 March 29th, 2023  |  08:27 AM  |   111 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mengenai isu yang berkaitan dengan pengisian jawatan-jawatan utama di Sektor Awam dan hal ehwal memangku jawatan-jawatan yang terlalu lama sepertimana jua yang disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa membincangkan belanjawan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan secara Whole of Government akan terus berusaha bagi menangani isu-isu berkenaan dengan menggunakan peraturan dan garis pandu yang sedia ada.

 

Ini adalah bagi memastikan pegawai-pegawai yang hendak mengisikan jawatan-jawatan utama tersebut merupakan seorang pegawai yang benar-benar berpotensi dan kompeten serta dapat menyumbang dan memberikan impak yang besar kepada kemajuan organisasi, di Kementerian mahupun di Jabatan mereka ditempatkan atau bertugas.

 

Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menegaskan mengenai perkara itu dalam ucapan penangguhannya pada hari terakhir persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini pagi tadi.

 

Jelasnya, pengisian jawatan-jawatan kosong di semua peringkat bahagian di Sektor Awam dalam bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap dan efisien, JPM, melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan terus komited untuk memastikan proses pengisian jawatan dapat dilaksanakan secara adil, berkesan dan cepat, melalui inisiatif-inisiatif berikut iaitu Sistem PSC Recruitment 2.0 (PSCR 2.0 ) Enhancement; Pengukuhan garis pandu; Mengemas kini peraturan; dan Kaedah Talent Pool.

 

Menyentuh mengenai perancangan dalam memastikan rancangan penggantian (succession planning) dalam Perkhidmatan Awam jelas Yang Berhormat Pehin, dalam hal ini, setiap Kementerian dan Jabatan akan terus diperingatkan untuk menggunakan garis panduan rancangan penggantian yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 

“Memastikan Pegawai-pegawai kanan yang telah dikenal pasti oleh setiap Kementerian dan Jabatan diberikan kursus pembangunan kepimpinan di bawah Civil Service Leadership Pipeline yang dikendalikan oleh pihak JPM.

 

“Program-program tersebut adalah Program Eksekutif Muda (Young Executive Programme), Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) dan Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO)," ujar Yang Berhormat.

 

Selain itu, program-program yang ditawarkan di Institut Perkhidmatan Awam (IPA) juga tersedia dan merupakan pensijilan profesional dalam pelbagai bidang termasuk bidang pengurusan dan kepimpinan.

 

Justeru, dalam perkara itu pihak IPA juga sedang menyediakan Rangka Kerja Pembangunan Kapabiliti Perkhidmatan Awam (RPKPA) atau Public Service Capability Development Framework (PSCDF) yang bertujuan untuk mengukur keupayaan atau kebolehan perkhidmatan awam agar dapat menyokong dan melaksanakan strategi, inisiatif dan program-program kementerian dan jabatan bagi menghasilkan pemberian perkhidmatan yang cemerlang.

 

Tambahnya, warga perkhidmatan awam ditekankan untuk mengambil peluang-peluang latihan dan pendedahan yang disediakan untuk membangun 'capability' sumber tenaga manusia di organisasi-organisasi masing-masing.

 

Manakala menyentuh mengenai produktiviti organisasi terangnya, perkara itu bergantung kepada kepimpinan, penyampaian perkhidmatan (service delivery) dan inovasi, yang mana sepertimana telah dijelaskan di dalam Mukadimah dan sesi perbincangan pelbagai peluang dan program tersedia bagi membantu Kementerian atau Jabatan mempertingkatkan produktiviti masing-masing melalui pembangunan kepimpinan serta kursus-kursus latihan pengurusan termasuk inovasi.

 

Terdahulu, Yang Berhormat Pehin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas kewibawaan, kebijaksanaan dan ketabahan Yang Berhormat Yang Di-Pertua memimpin dan menerajui sesi permuzakarahan sama ada di peringkat MMN ataupun di Peringkat Jawatankuasa dengan cemerlang.

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Yang Dimuliakan Jurutulis dan Yang Mulia Timbalan Jurutulis serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis Mesyuarat-Mesyuarat yang terlibat dalam pengendalian permesyuaratan ini dengan penuh keprihatinan menentukan kesejahteraan dan keselesaan Ahli-ahli Yang Berhormat juga para hadirin dan hadirat di Dewan Mulia ini.

 

Dan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Dilantik, yang dengan tulus ikhlas dan secara keterbukaan mengetengahkan dan membahaskan isu-isu yang menjadi perhatian dan kepentingan rakyat dan penduduk di negara ini, khususnya yang berkaitan dengan JPM dan Jabatan-jabatan di bawahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48