FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Melaksanakan Strategi Bagi Memaksimakan Hasil Sumber Minyak, Gas


 


 March 29th, 2023  |  08:26 AM  |   106 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan terus melaksanakan strategi yang telah disusun untuk memaksimakan hasil dari sumber minyak dan gas, iaitu memastikan pengeluaran minyak dan gas dikekalkan di tahap 300 ribu tong sehari dalam jangka sederhana dan dipertingkatkan lagi ke tahap kira-kira 350 ribu tong sehari dalam jangka masa panjang, dengan memajukan rizab-rizab yang sudah ditemui melalui pelbagai inisiatif yang inovatif dan 'cost effective', serta meningkatkan pelaburan dan kegiatan penerokaan bagi penemuan sumber minyak dan gas yang baru.

 

Manakala, di sektor hiliran minyak dan gas, Jabatan Tenaga di JPM dengan kerjasama agensi yang berkenaan akan terus mendukung pertumbuhan sektor hiliran dengan memaksimakan dan mengukuhkan rantaian nilai sektor hiliran dengan mengembangkan projek-projek berunsur hiliran derivatif yang mengguna pakai produk petrokimia sebagai 'feedstock'.

 

Perkara itu digariskan oleh Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dalam ucapan penangguhannya pada hari terakhir persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini pagi tadi.

 

Tambah Yang Berhormat lagi, kegiatan hiliran di Pulau Muara Besar yang lebih berasaskan industri hiliran 'oil-based' (bersumber minyak) insyaaAllah akan berkembang pesat apabila Fasa Kedua Pulau Muara Besar yang kini sedang di peringkat perancangan memerlukan pelaburan lebih kurang USD9 bilion dan dijangka mula beroperasi insyaaAllah pada tahun 2027/2028.

 

Bagi memastikan faktor reliabiliti di sektor tenaga terus diperkukuhkan jelas Yang Berhormat, pengendalian prasarana yang berkesan melalui aktiviti-aktiviti rejuvenasi ke atas aset-aset dan fasiliti akan sentiasa diberi perhatian.

 

Dalam memajukan sektor huluan dan hiliran katanya, keutamaan akan terus ditumpukan ke arah memaksimakan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan, termasuk memantau perancangan 'succession planning' dalam mengukuhkan lagi penguatkuasaan Arahan Bruneianisation (Bruneianisation Directive) bagi syarikat-syarikat pengendali utama minyak dan gas, serta memperluaskan lagi peluang-peluang pengusaha-pengusaha tempatan di kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang dapat membangun dengan daya saing yang tinggi.

 

Dan terakhir katanya, JPM melalui Jabatan Perkhidmatan Elektrik akan terus berusaha memberikan perkhidmatan pembekalan tenaga elektrik dan bahan api pengangkutan yang mapan dan efisien untuk memenuhi keperluan negara bagi mengekalkan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini, di samping memacu pertumbuhan kegiatan ekonomi negara yang dijangka akan berkembang dengan pesat.

 

“InsyaaAllah, dengan adanya projek-projek Rancangan Kemajuan Negara dan jua projek-projek di bawah perbelanjaan berulang-ulang Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perkhidmatan Elektrik akan terus melaksanakan usaha-usaha bagi meningkatkan lagi indeks reliabiliti bekalan elektrik Negara dan mencapai liputan 100% pembekalan tenaga elektrik negara.

 

“Ini termasuk projek-projek yang memberi tumpuan khusus kawasan-kawasan pedalaman di Daerah Belait dan di Daerah Tutong. Pada masa yang sama, keutamaan turut diberikan dalam memastikan Negara terus mencapai tahap sara diri yang tinggi dalam penghasilan beberapa produk utama petroleum khususnya bahan api kenderaan bagi memenuhi keperluan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam," ujar Yang Berhormat Pehin.

 

Di kesempatan itu juga Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Dilantik agar apa-apa jua permasalahan yang dibangkitkan dan rungutan yang dikemukakan oleh masyarakat atau anak-anak buah kampung, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk kitani mencari jalan penyelesaian dengan membuka dan mengukuhkan rangkaian perhubungan berbagai pihak untuk bekerjasama melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation sepertimana juga saranan titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

“Dalam hal ini, demi kesejahteraan rakyat dan orang ramai jua pada hemah kaola adalah lebih elok untuk kita sama-sama terus mengadakan perundingan, perbincangan dan syura untuk mencari jalan penyelesaiannya sebentar awal masalah-masalah itu diketengahkan atau dibawa ke perhatian kitani daripada hanya menunggu untuk dibawa ke Dewan Yang Mulia ini pada tahun hadapan," terang Yang Berhormat lagi.

 

JPM terangnya, sangat mengalu-alukan bagi mengadakan sesi permuzakarahan dan mengalu-alukan lawatan atau sesi turun padang daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik untuk meninjau dengan lebih dekat dan sama-sama bercambah fikiran dan bertukar pendapat mengenai apa jua perkara atau permasalahan. InsyaaAllah, dengan berkat keterbukaan dan permuafakatan, diyakini banyak pandangan-pandangan dan kaedah penyelesaian dapat diperolehi demi kemaslahatan setiap pihak.

 

“Alhamdulillah selama 17 hari yang berlalu kitani telah sama-sama memartabatkan Majlis Mesyuarat Negara ini sesuai dengan sifatnya dan pada menjunjung tinggi titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang baginda kurniakan di Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-19 ini iaitu sebagai wadah bagi membincangkan isu-isu utama dan strategik bagi membangun untuk kepentingan negara," ujar Yang Berhormat.

 

Sebelum mengakhiri ucapannya Yang Berhormat turut menyarankan dan mengesa agar kita akan terus menanai kurnia titah-titah tersebut dan akan meneruskan pendekatan ini khususnya di dalam meneruskan perjalanan untuk merealisasikan Wawasan Brunei 2035 (yang kita sedari dan peringatkan hanya tinggal 12 tahun sahaja lagi) dan menentukan keamanan, keselamatan dan kemakmuran Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir sentiasa kekal dinikmati dan disyukuri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48