FacebookInstagramTwitterContact

 

Mysterious Eerie Pillars Of Light Appeared In The Sky But The Source Is Very Mundane           >>           Improve Cognitive Performance And Attention With Good Fats And Nutrition           >>           7 Reasons To Drink Warm Water Every Day           >>           New Research Places The Sun's Magnetic Field Close To The Surface, Upending Decades Of Theories           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           Anker Power Banks Are Up To Half Off Ahead Of Memorial Day Weekend           >>           Openai Will Reportedly Pay $250 Million To Put News Corp's Journalism In Chatgpt           >>           JPMC College of Health Sciences Open Day           >>           Various Activities in conjunction with Brunei Malay Quatrain Festival           >>           Bluesky Finally Has Dms, With Encrypted Messaging Coming ‘Down The Line’           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Bersama Memeduli Dekati Masyarakat Memerlukan


 


 March 28th, 2023  |  07:34 AM  |   119 views

BELAIT

 

Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Ugama mengadakan Program Bersama Memeduli (al-ihtimam ma'an) bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Perasmian Ke-55 Tahun, Pejabat Hal Ehwal Ugama (PHEU) Daerah Belait.

 

Program berkenaan adalah sebagai satu platform yang berkebajikan dalam sama-sama memeduli dan mendekati masyarakat sekitar Daerah Belait dan seterusnya mengeratkan lagi hubungan ukhuwah dan kerja berpasukan antara warga pejabat, di samping memupuk sifat prihatin terhadap ahli masyarakat yang memerlukan dan juga memupuk sifat suka berinfak dan bersedekah.

 

Antara objektif mengadakan program berkenaan ialah sebagai salah satu usaha amal kebajikan warga PHEU Daerah Belait melalui aktiviti pemberian sumbangan kepada golongan asnaf (fakir miskin / mualaf) dan masyarakat yang memerlukan terdiri daripada warga emas, golongan berkelainan upaya dan golongan yang kurang berkemampuan sekitar Daerah Belait sebagai persediaan juadah mereka berbuka puasa.

 

Pengisian program ialah pengagihan sumbangan barang-barang keperluan makanan asasi hasil sumbangan daripada orang ramai sekitar Daerah Belait dan warga PHEU Daerah Belait serta keluarga.

 

Sumbangan berkenaan diagihkan kepada 26 penerima terdiri daripada golongan asnaf (fakir miskin / mualaf) terpilih yang diadakan pada 25 Mac 2023, bertempat di PHEU Daerah Belait, secara pandu lalu yang bermula jam 9.00 pagi.

 

Hadir selaku tetamu khas pada majlis berkenaan, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad.

 

Turut hadir, Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed.

 

Pengagihan diteruskan dengan aktiviti menghantar sumbangan barang-barang keperluan asasi ke rumah-rumah peserta yang terpilih yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Ugama bersama warga PHEU Daerah Belait.

 

Program Bersama Memeduli (al-ihtimam ma'an) adalah kesinambungan daripada program sebelum ini, iaitu aktiviti penerimaan sumbangan barang-barang keperluan asasi yang diadakan pada 11 Mac dan 18 Mac 2023.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Airline To 'Better Manage' Flights With AI Use

 2024-05-23 00:53:05