Home > Bahasa Melayu
Berangkat Tandatangani Buku Takziah
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menandatangani buku takziah bagi mewakili Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berikutan dengan kemangkatan Kebawah DYMM Raja Bhumibol Adulyadej. |FOTO: PELITA BRUNEI (Masri Osaman)
October 19th, 2016 | 11:03 AM | 1332 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Selasa, 18 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku wakil Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan berangkat menandatangani buku takziah berikutan dengan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dijunjung oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes.
DULI Yang Teramat Mulia semasa berkenan berangkat ke Pejabat Kedutaan Besar Kerajaan Thailand bagi menandatangani buku takziah berikutan dengan kemangkatan Kebawah DYMM Raja Bhumibol Adulyadej, Raja Thailand.
Mengiringi keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej mangkat pada hari Khamis, 13 Oktober 2016 ketika berusia 88 tahun.
Penandatanganan buku takziah diadakan di Pejabat Kedutaan Besar Kerajaan Thailand.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Saerah Haji Abdul Ghani
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]