FacebookInstagramTwitterContact

 

Water Valve Repair Works           >>           Signing Ceremony           >>           Active Weather Conditions are expected to Start Tomorrow           >>           Informed Society Programme           >>           Art Exhibition           >>           Visit to Important Locations in Islamic History           >>           Signing of the Memorandum of Understanding           >>           Borneo Islamic International Conference Presentation           >>           155th Session of W.H.O. Executive Board Meeting           >>           Borneo Islamic International Conference Exhibition           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Belanja Bijak Jimatkan Kewangan


DEKAN Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Doktor Hajah Masnoor Aini binti Haji Mohiddin ketika hadir selaku tetamu kehormat majlis Program Siswa Celik $$$. | FOTO: PELITA BRUNEI (Dk Nurhafilah Pg Osman)

 


 April 10th, 2016  |  10:35 AM  |   2027 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 9 April. - Bagi memberikan pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengenai kepentingan menguruskan wang dengan bijak, Nadi Syariah, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA menganjurkan Program Siswa Celik $$$.

 

Hadir selaku tetamu hormat majlis ialah Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Doktor Hajah Masnoor Aini binti Haji Mohiddin.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh ahli Nadi Syariah, Adee Aiman bin Haji Muhidin.

 

100416 FILA PORG UNISSA 1

PENGURUS Perbankan Retail, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Dayang Zufadzillah semasa menyampaikan ceramah bagi Program Siswa Celik $$$ yang bertajuk "Perancangan Kewangan".

 

Ceramah bagi program yang bertajuk "Perancangan Kewangan" telah disampaikan oleh Pengurus Perbankan Retail, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Dayang Zufadzillah binti Brahim.

 

Dalam ceramahnya, Dayang Zufadzillah antara lain menjelaskan cara berbelanja dengan bijak dan cara-cara menjimatkan wang untuk digunakan di masa hadapan.

 

Tambahnya lagi, seseorang juga perlu mempunyai tabung kecemasan iaitu tabung khusus untuk digunakan apabila terjadinya sesuatu yang di luar jangkaan.

 

100416 FILA PORG UNISSA 3

SEBAHAGIAN mahasiswi yang hadir pada Program Siswa Celik $$$.

 

Beliau turut mengongsikan beberapa tips untuk memulakan atau mengekalkan tabung kecemasan yang antaranya ialah dengan memperuntukkan sejumlah simpanan secara bulanan dan menambah simpanan daripada gaji bonos atau pendapatan lain jika ada, sehingga mencapai jumlah sasaran.

 

Program antara lain bertujuan untuk memberikan cadangan dan kaedah atau cara merancang, di samping menguruskan wang secara teratur dan bersistematik.

 

Majlis turut dihadiri oleh pensyarah dan mahasiswa serta mahasiswi Tahun 1 dan 2, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haniza Abdul Latif

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Allies Back Modi For Third Term After Election Setback

 2024-06-06 00:48:53

Court Rules Google Must Face £13.6bn Advertising Lawsuit

 2024-06-06 00:25:48