Home > Bahasa Melayu
Gaya Hidup Sihat Melalui Aktiviti Fizikal
November 10th, 2022 | 11:37 AM | 108 views
TUTONG
Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum mengadakan Festival Kids Athletics Sekolah-sekolah Rendah Tahun 2022.
Festival ini berlangsung selama tiga hari secara berasingan iaitu pada 5 dan 7 November 2022 di Kompleks Sukan Berakas dan pada hari ini, ia diadakan di Kompleks Sukan Tutong, di sini.
Seramai 540 murid dari 57 buah sekolah rendah di seluruh negara menyertai festival tersebut.
Festival bertujuan untuk memperkenalkan aktiviti sukan yang sesuai dengan keperluan fizikal dan pertumbuhan serta perkembangan kanak-kanak, di samping mempromosikan gaya hidup yang seimbang dan sihat serta mengalakkan aspek keseronokan di dalam permainan.
Dalam pada itu, sebanyak enam bidang olahraga dipertandingkan yang dipanggil 'A Team Event for Children', iaitu melalui tiga kumpulan acara iaitu 'Sprinting, Running Event Group, Jumping Event Group' dan 'Throwing Event Group'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]