Home > Headline
Berkenan Berangkat Ke Bangabandhu Memorial Museum
October 17th, 2022 | 09:32 AM | 410 views
DHAKA, REPUBLIK RAKYAT BANGLADESH
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Bangabandhu Memorial Museum, hari ini.
Turut berangkat, paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Bangabandhu Memorial Museum dialu-alukan oleh daughter of Father of the Nation of Bangladesh Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman, Puan Rehana Siddique.
Baginda seterusnya dijunjung meletakkan kalungan bunga dan menyaksikan pameran-pameran muzium tersebut.
Pada penghujung lawatan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung untuk menandatangani Buku Pelawat.
Bangabandhu Memorial Museum adalah bekas rumah kediaman peribadi Sheikh Mujibur Rahman, bapa pengasas yang merupakan Presiden Republik Rakyat Bangladesh yang pertama. Rumah tersebut telah dirasmikan sebagai muzium pada 14 Ogos 1994.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]