FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penjawat Awam Perlu Tingkatkan Kualiti Perkhidmatan Awam


MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, semasa menyampaikan ucapan.

 


 October 7th, 2022  |  11:16 AM  |   222 views

BERAKAS

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof berkata, dalam era globalisasi ini, dapat dilihat perlunya ada kerajaan yang berkesan yang dapat membuat pelbagai dasar yang efektif dan berkesan, dan berjaya dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam membangun negara  sekali gus memastikan kesejahteraan rakyat secara mampan (sustainable).

 

Ini ujar Yang Berhormat, memerlukan penjawat awam di semua peringkat untuk mempunyai 'competency' dan 'mindset' yang dapat saling mendukung, membantu, menginovasi dalam mempertingkatkan kebolehan Perkhidmatan Awam.

 

Berucap pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO) Kali Ke-29; Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-pegawai Kerajaan Peringkat Pertengahan (EDPMMO) Kali Ke-31 dan Ke-32; Program Eksekutif Muda (YEP) Kohort-5 dan Kohort-6; bertempat di Dewan Bankuet, JPM, Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, perkara berkenaan dapat dicapai dengan mengambil kira beberapa pendekatan.

 

"Pertama, mempertingkatkan kualiti Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira urus tadbir dan kepimpinan.

 

"Kedua, memastikan Access kepada Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira kepada 'mindset' dan fokus kepada  'citizen-centric'.

 

"Ketiga, memastikan Transparency dan juga Accountability dalam semua aspek perkhidmatan bagi meningkatkan integriti," jelas Yang Berhormat.

 

Untuk mencapai perkara berkenaan tambah Yang Berhormat, penjawat awam perlu sentiasa berfikiran berinovasi dalam mengenal pasti kaedah yang terbaik dengan penggunaan teknologi sahaja tidak memadai dikatakan sudah berinovasi kerana kemungkinan besar ia sahaja mungkin memberi tahap perkhidmatan yang sama.

 

Apa yang perlu juga dilaksanakan tegas Yang Berhormat ialah perubahan keseluruhan ekosistem kepada jentera kerajaan.

 

Jelas Yang Berhormat lagi, ini selaras dengan tema Program Pembangunan Kepimpinan Civil Service Leadership Pipeline (CSLP) pada tahun ini, iaitu Mentransformasikan Perkhidmatan Awam (Transforming the Public Service) dan juga pada menjunjung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang turut menitahkan mengenai peri mustahaknya mempraktikkan elemen inovasi sebagai budaya kerja.

 

Dengan yang demikian tegas Yang Berhormat, selaku barisan pemimpin dalam Perkhidmatan Awam, kita perlu mengekalkan momentum dalam meneliti dan menilai setiap perkhidmatan dalam kerajaan, lebih-lebih lagi perkhidmatan yang berbentuk citizen-centric, yang memerlukan pembaikan dan perubahan dasar yang berkaitan menjurus kepada peningkatan prestasi dan transformasi Perkhidmatan Awam secara keseluruhannya.

 

"Nation-building adalah satu proses yang berterusan. Untuk mengekalkan dan memantapkan lagi kemajuan yang kita nikmati pada masa ini, sebagai seorang pemimpin, kita bertanggungjawab membuat keputusan yang dapat memanfaatkan generasi pada masa ini dan akan datang."

 

"Untuk itu, pembangunan kepimpinan melalui CSLP adalah merupakan satu langkah penting untuk melahirkan generasi pemimpin yang dapat menangani kemaslahatan masyarakat," terang Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat juga berharap agar semua peserta program pembangunan telah dapat mendalami 'management tools' dan akan dapat menguasainya untuk memperkenalkan pelbagai pembaharuan yang positif, dan diharapkan akan menjurus kepada pencapaian matlamat Wawasan Brunei 2035.

 

Oleh itu, Yang Berhormat menggesa Program-program Pembangunan Kepimpinan seperti EDPSGO, EDPMMO dan YEP berkenaan hendaklah diteruskan dan dipertingkatkan sentiasa dengan mengambil kira trend sudut pandang global (Global Outlook Trend).

 

Dalam masa yang sama terang Yang Berhormat, usaha kita untuk meningkatkan kompetensi dan keupayaan kepimpinan berkenaan tidak akan sempurna tanpa memandang daripada perspektif Islam, iaitu berpandukan kepada Al-Quran dan sunnah.

 

"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sering menekankan tuntutan untuk sentiasa bertanggungjawab ke atas orang-orang bawahan. Dalam erti kata lain, seorang pemimpin bukan hanya bertanggungjawab ke atas perlakuannya sendiri, bahkan ke atas perlakuan dan kebajikan setiap pekerja di bawahnya.

 

"Semakin banyak pekerja yang dipimpin, maka semakin kompleks dan besarlah tanggungjawab yang dipikul hinggalah akan dituntut dan dipersoalkan nanti di hari pembalasan," jelas Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54