FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penyampaian Sijil, Surat Lantikan AJK Takmir Masjid Kampung Masin


 


 September 27th, 2022  |  10:12 AM  |   253 views

MASIN

 

Majlis Penyampaian Sijil-sijil Penghargaan Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Masin Sesi 2019 - 2021, dan Surat-surat Lantikan AJK Sesi 2022 - 2025 telah berlangsung di Masjid Kampung Masin, di sini.

 

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil-sijil dan surat-surat lantikan berkenaan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd. Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

 

 Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Masin, Awang Jeffry bin Haji Metassim, diikuti dengan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan ucapan terima kasih atas undangan daripada pihak AJK Takmir Masjid Kampung Masin.

 

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama juga turut menyampaikan ucapan tahniah kepada AJK yang baharu dilantik dan penghargaan kepada AJK Sesi 2019 - 2021.

 

Seterusnya, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd. Tashim dalam ucapannya mengambil perhatian atas pencapaian keramaian 60 AJK yang baharu dilantik, kerana ia bukanlah satu kayu ukur untuk mencapai matlamat dan misi masjid, serta menyarankan komitmen serta iltizam semua AJK sebagai perkara penting dalam mengimarahkan masjid, terutama dalam merancang dan melaksanakan apa juga aktiviti masjid.

 

Acara juga turut diselajurkan dengan perasmian Projek Amal 'Memperkasa Masyarakat Kampung Masin' oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

 Projek amal berkenaan merupakan kerjasama antara AJK Masjid Kampung Masin dan ASEAN Commissioner on Women for Brunei Darussalam yang bertujuan membantu fakir miskin yang terdiri daripada ibu tunggal, anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan penduduk kampung yang tidak mempunyai pekerjaan.

 

Taklimat mengenai projek berkenaan turut disampaikan oleh Yang Di-Pertua Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam, Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat Dr. Awang Haji Mohd. Jamil Al-Sufri.

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat majlis, diikuti dengan bacaan Doa Selamat disampaikan oleh Imam Masjid Kampung Masin, Awang Haji Zainul Hasramin bin Haji Mohd Hassan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30