FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Haji Tamam @ Haji Ahmad Shah Tamami, Calon Ketua Kampung Junjongan


 


 September 26th, 2022  |  13:13 PM  |   309 views

JUNJONGAN

 

Seramai 450 orang penduduk daripada sejumlah 548 orang penduduk yang berdaftar hadir pada Majlis Pemilihan dan Pengundian Calon Ketua Kampung bagi mengundi calon untuk mengisikan kekosongan jawatan bagi Kampung Junjongan, Mukim Pengkalan Batu.

 

Daripada jumlah tersebut, seramai 416 orang telah mengundi menggunakan kertas undi (ballot papers) sementara 31 orang mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK.

 

Pada majlis pengundian berkenaan, seramai 447 orang bersetuju manakala, tiga kertas undi rosak.  

 

Hadir pada Majlis Pemilihan dan Pengundian Calon Ketua Kampung Junjongan, Mukim Pengkalan Batu, Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad.

 

Dalam ucapannya, Amirol Hafidzin mengucapkan penghargaan kepada para penduduk kampung kerana berkesudian meluangkan masa untuk melaksanakan tanggungjawab selaku penduduk di Kampung Junjongan bagi mengundi dan memilih sama ada bersetuju atau sebaliknya ke atas calon yang telah dicalonkan bagi mengisikan jawatan Ketua Kampong Junjongan, Mukim Pengkalan Batu.

 

Pemegang jawatan Ketua Kampung menurutnya lagi adalah sebagai ketua dan pemimpin masyarakat di akar umbi para penduduk di kampungnya.

 

"Seorang Ketua Kampung adalah bertanggungjawab bagi menerajui perpaduan, keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan hidup bermasyarakat di sesebuah kampung serta penggerak kepada pembaharuan, pembangunan dan perkembangan sosioekonomi masyarakat kampung.

 

"Menjadi contoh teladan (role model) kepada masyarakat mukim dan kampung serta sebagai perantara dua hala Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan penduduk / masyarakat kampung sebagai mata, telinga, kaki dan tangan serta bertindak sebagai peneraju bagi mengukuhkan, memantapkan, mempertahankan dan mengekalkan sistem pemerintahan bernegara di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam," katanya lagi.

 

Beliau seterusnya berkata seorang Ketua Kampung mestilah bekerjasama rapat dengan Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung dalam mukimnya dan mukim persekitarannya dalam membangun dan memeduli kesejahteraan, keamanan, keselamatan, keharmonian dan perpaduan masyarakat dengan sikap pemedulian dan prihatin yang sewajarnya kepada hal ehwal suka duka penduduk kampung.

 

Selain itu terangnya lagi, ia bertanggungjawab dengan mewujudkan budaya hidup berjiran dalam satu masyarakat pemedulian dan bersefahaman dengan cara mengawasi dan memelihara perpaduan serta keharmonian masyarakat di samping mencegah pelbagai unsur perpecahan.

 

Seorang Ketua Kampung tambahnya lagi mestilah mempunyai perwatakan dan kewibawaan yang tinggi. Selaku pemimpin masyarakat kampung, Ketua Kampung hendaklah mempunyai beberapa ciri khusus antara lainnya, amanah, adil, berakhlak, bersikap sabar dan pemaaf, berilmu, bersikap As-Siddiq (benar), mempunyai kemampuan dan kekuatan (kesihatan) dan banyak lagi untuk memimpin dan mencapai hasrat serta wawasan ke arah membangunkan dan memajukan kampung.

 

Calon tunggal yang dibawa ke Majlis Pengundian dan Pemilihan tersebut, Awang Haji Tamam @ Haji Ahmad Shah Tamami bin Haji Timbang. berusia 60 tahun pada ketika ini dan berumur 55 tahun semasa tarikh tutup iklan pada 28 Mac 2018 dan telah bermastautin di Kampung Junjongan, Mukim Pengkalan Batu sejak lahir.

 

Beliau memperolehi Master Of Education (Curriculum & Pedagogy) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2011 dan pada masa ini memangku jawatan Ketua Kampung Junjongan, Mukim Pengkalan Batu.

 

Keputusan Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung yang dijalankan pada hari berkenaan akan dibawa dan digunakan dalam menyediakan sokongan bagi mempertimbangkan calon yang dipilih untuk menyandang jawatan Ketua Kampung Junjongan, Mukim Pengkalan Batu ke Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk proses-proses selanjutnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33