Home > Bahasa Melayu
Bersama Tingkatkan Tabung Darah Negara
June 26th, 2022 | 15:29 PM | 464 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bersempena Hari Penderma Darah Sedunia 2022, Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan Kempen-kempen Derma Darah di sepanjang Jun 2022, bermula 11 Jun 2022.
Kempen-kempen Derma Darah bagi minggu terakhir bulan Jun adalah seperti yang dijadualkan, iaitu Isnin, 27 Jun 2022, 10.00 pagi hingga 2.00 petang, di Lobi Bangunan Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), Bandar Seri Begawan, anjuran Regus Brunei; Selasa, 28 Jun 2022, 10.00 pagi hingga 2.00 petang, di Al-Bukhari Textiles Cawangan Aman Hills; Rabu, 29 Jun 2022, 10.00 pagi hingga 2.00 petang, di Al-Bukhari Textiles Cawangan Aman Hills; Khamis, 30 Jun 2022, 10.00 pagi hingga 2.00 petang, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas Anjuran MYCE (Economy Week); dan Sabtu, 2 Julai 2022, 10.00 pagi hingga 3.00 petang, di Unicorp Sdn. Bhd., Kompleks Perindustrian Beribi.
Orang ramai juga boleh menderma darah di Pusat Pendermaan Darah atau di Tabung-tabung Darah berdekatan, semasa waktu bekerja.
Orang ramai yang ingin menderma darah, sama ada di Pusat Pendermaan Darah atau semasa Kempen-kempen Derma Darah adalah digalakkan untuk menempah slot derma darah melalui aplikasi BloodKad terlebih dahulu.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah menerusi talian +673 2242424 sambungan 5745 atau 6001 atau 6002 atau Whatsapp +673 8775745 atau +673 7375745 atau +673 7175745 atau e-mel ke '[email protected]' atau ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook, '@bloodbank.ripas'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]