FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Imbau Sejarah Dua Juruterbang TUDB


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Lencana J

 


 August 6th, 2021  |  12:08 PM  |   170 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bagi mengimbau sejarah 33 tahun yang lalu, 6 Ogos 1968 merupakan detik yang amat bermakna buat Askar Melayu Diraja Brunei (AMDB) apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Lencana Juruterbang buat julung kalinya kepada dua orang pegawai tempatan, iaitu Leftenan Muda Awangku Abidin bin Pengiran Ahmad; dan Leftenan Muda Jocklin bin Kongpaw setelah kedua-dua juruterbang tempatan itu berjaya dalam semua latihan penerbangan luar dan dalam negara.

 

Menurut siaran akhbar Kementerian Pertahanan, upacara ini juga menjadi titik sejarah bagi AMDB kerana berjaya melahirkan dua juruterbang tentera tempatan buat julung kalinya. Upacara penyampaian pada ketika itu disemarakkan lagi dengan pertunjukan penerbangan lalu di Istana Darul Hana dengan menggunakan pesawat helikopter Bell 206B Jet Ranger, di mana kedua-dua juruterbang tempatan itu telah mempamerkan taraf kecekapan dan kemahiran yang sangat tinggi.

 

Sementara itu, pada 14 Ogos 1967, Platun Helikopter, AMDB mencatat pencapaian yang amat bermakna apabila dua orang pegawai tempatan, iaitu Leftenan Muda Awangku Abidin bin Pengiran Ahmad dan Leftenan Muda Jocklin bin Kongpaw telah melakar sebuah sejarah apabila mereka dihantar untuk menjalani Latihan Asas Penerbangan, di British Executive Air Services Limited, Kidlington, Oxford, United Kingdom.

 

Sebelum menghadiri latihan di United Kingdom, kedua-dua pegawai tersebut juga menjalani latihan penerbangan di Sabah, Malaysia untuk mendapatkan lesen juruterbang. Sejurus menamatkan latihan asas, kedua-dua juruterbang mengikuti Latihan Penerbangan Lanjutan selama 90 jam menggunakan pesawat helikopter Bell 206B Jet Ranger di bawah bimbingan Mejar Herbert Marshall, Pegawai Memerintah Platun Helikopter, AMDB.

 

Di sepanjang perkhidmatan kedua-dua pegawai, Leftenan Muda Awangku Abidin bin Pengiran Ahmad dan Leftenan Muda Jocklin bin Kongpaw telah menerbangkan pelbagai jenis pesawat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan memegang beberapa jawatan di sepanjang perkhidmatan mereka.

 

Pada tahun 1982, Leftenan Kolonel Pengiran Dato Seri Laila Jasa Abidin bin Pengiran Ahmad juga menjadi pegawai tempatan pertama yang dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Cawangan Udara, AMDB dan kemudiannya menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Leftenan Kolonel Dato Laila Jasa Jocklin bin Kongpaw pada tahun 1986.

 

Leftenan Kolonel Pengiran Dato Seri Laila Jasa Abidin bin Pengiran Ahmad juga menjadi Pegawai TUDB yang pertama dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral pada tahun 1997, seterusnya dilantik menjadi Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Beliau dikurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam, Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (D.P.K.T) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri Mejar Jeneral (B) Pengiran Dato Paduka Seri Haji Abidin bin Pengiran Ahmad berkhidmat selama 34 tahun.

 

Manakala, Leftenan Kolonel Dato Laila Jasa Jocklin bin Kongpaw menjadi Pengarah Keanggotaan dan Pentadbiran, Kementerian Pertahanan setelah dinaikkan ke pangkat Kolonel, pada tahun 1990 dan dikurniakan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Kedua (D.S.L.J). Beliau juga berkhidmat di dalam ABDB selama 31 tahun.

 

Selaku pelopor juruterbang di TUDB, kedua-dua pegawai tempatan tersebut secara tidak langsung telah menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan TUDB, di mana komitmen juga pengorbanan telus kedua-dua pegawai juruterbang tempatan tersebut menjadi salah satu sumber inspirasi dan motivasi kepada setiap ABDB, khususnya TUDB untuk menggalas amanah untuk terus menjalankan tugas juga misi yang diperlukan oleh ABDB dan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10