Home > In The Court
Edar Dadah : Disambung Reman
November 6th, 2020 | 09:06 AM | 598 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Enam defendan direman lagi selama dua minggu oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, bagi membantu siasatan lanjut yang membabitkan kes pengedaran dadah.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Ketua Majistret, Yang Arif Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar.
Pendakwaan terhadap enam orang defendan yang baru-baru ini ditangkap oleh Biro Kawalan Narkotik (BKN) ialah Ahmad bin Haji Tamit dan isterinya, Maskunah binti Wahab, bersama anak-anak mereka iaitu Isamuddin bin Ahmad, Mohammad Saifuddin bin Ahmad dan Siti Izzatul Munirah binti Ahmad dan suaminya, Jakaria bin Ahad didakwa atas dua kesalahan di bawah seksyen 3A Penyalahgunaan Akta Dadah, Bab 27.
Dakwaan terhadap tertuduh dijalankan Pegawai Pendakwa Raya Muhammad Qamarul Affyian bin Abd Rahman. Peguam Bela yang mewakili defendan dari Messrs Yusof Halim & Partners. Kes akan didengar lagi pada 19 November 2020 pada jam 2.00 petang.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]