Home > In The Court
Didenda Kerana Memiliki 4,157 Batang Rokok Pelbagai Jenis
October 15th, 2020 | 10:38 AM | 592 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warganegara Indonesia mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak BND16,700 atau 13 bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid di Mahkamah Majistret, di sini.
Busairi, 36 tahun, mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman tersebut kerana terlibat dalam kesalahan di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006, iaitu memiliki sebanyak 4,157 batang rokok pelbagai jenis.
Busairi ditangkap semasa pemeriksaan Pegawai Penguatkuasa Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan Penguatkuasa Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) di sebuah rumah sewa di Kampung Kilanas, Jalan Tutong pada 13 Oktober 2020.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu kerana memiliki, iaitu satu paket Era Full Flavour yang mengandungi 17 batang rokok; lima karton Era Premium (10 paket yang mengandungi 20 batang rokok setiap satu paket); dua karton Djarum Black (10 paket yang mengandungi 16 batang rokok setiap satu paket); tujuh karton Era Full Flavour (10 paket yang mengandungi 20 batang rokok setiap satu paket); tiga karton Era Black Menthol (10 paket yang mengandungi 20 batang rokok setiap satu paket); tiga karton Premium International (10 paket mengandungi 20 batang rokok setiap satu paket); dua paket Marlboro yang berisi 20 batang rokok (merah) setiap satu paket; tujuh paket Era Full Flavour yang mengandungi 20 batang rokok setiap satu paket; satu paket Era Full Flavour yang berisi 20 batang rokok; dan satu paket Era Premium yang berisi 20 batang rokok.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa dari JKED.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]