Home > In The Court
6 Pengedar Dadah Masih Ditahan Reman
October 13th, 2020 | 09:53 AM | 848 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Enam defendan disambung reman selama dua minggu oleh Mahkamah Tinggi, di sini, bagi membantu siasatan yang membabitkan kes pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.
Ketua Majistret, Yang Arif Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menetapkan 22 Oktober 2020 pada jam 2.00 petang sementara menunggu giliran untuk menghantar ekshibit ke Jabatan Perkhidmatan Saintifik untuk dianalisa. Proses analisa telefon bimbit forensik dan siasatan pengubahan wang haram masih lagi dijalankan.
Jakaria bin Ahad, Siti Izzul Munirah binti Ahmad, Mohammad Isamuddin bin Ahmad, Ahmad bin Haji Tamit, Mohammad Saifuddin bin Ahmad dan Maskunah binti Wahab diwakili Peguam Bela, Roy Prabhakaran.
Tertuduh-tertuduh juga didakwa memiliki untuk tujuan mengedar dadah terkawal Kelas 'A' iaitu 532.44 gram Methylamphetamine.
Dakwaan terhadap tertuduh dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi-Nuraza binti Pengiran Abdul Latiff dan Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]