Home > In The Court
Wanita Terlibat Dadah Dipenjara
October 11th, 2020 | 11:38 AM | 784 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang wanita warga tempatan didapati bersalah kerana mengambil dadah terkawal Kelas 'A', Methylamphetamine dan dijatuhkan hukuman denda BND1,500, dan dipenjara selama tiga bulan jika gagar membayar oleh Mahkamah Majistret, di sini.
Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid kepada Aminah binti Mohammad, 35 tahun.
Tertuduh, melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(b) kerana memakan dadah terkawal, Kelas 'A', Methylamphetamine dalam serbuan oleh para pegawai dari Biro Kawalan Narkotik pada Julai 2015.
Hasil ujian air kencing, tertuduh didapati positif mengandungi dadah. Dalam rekod tertuduh sebelum ini tidak pernah melakukan kesalahan mengambil dadah terkawal.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Ainorazimah binti Haji Zabidi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]