Home > In The Court
2 Lelaki Tempatan Dijatuhi Hukuman
October 11th, 2020 | 11:37 AM | 712 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dua orang lelaki warga tempatan dijatuhi hukuman di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 di Mahkamah Majistret, di sini.
Defendan-defendan, Damit bin Aman, 50 tahun, dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan tiga bulan, manakala Mohd Safwan bin Rozian, 26 tahun, didenda BND1,500 dan jika gagal membayar denda, akan dipenjara selama tiga bulan, dan tempoh pembayaran diberikan sehingga 26 Januari 2021.
Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu bermula hari ini.
Defendan, Damit, melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(b) kerana memakan dadah terkawal, Kelas 'A', Methylamphetamine dalam serbuan oleh para pegawai dari Biro Kawalan Narkotik pada 1 Mei 2017 di Kampung Saba Darat dan defendan juga pernah melakukan kesalahan pada tahun 1999.
Hasil ujian air kencing tertuduh didapati positif mengandungi dadah, manakala dalam rekod tertuduh sebelum ini, defendan pernah melakukan kesalahan mengambil dadah terkawal.
Sementara defendan, Mohd Safwan melakukan kesalahan pada November 2019 di Kampung Saba Darat, dan defendan tidak pernah melakukan kesalahan sebelum ini, manakala hasil ujian air kencing tertuduh didapati positif mengandungi dadah.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Narkotik, Mohd Shah Rizan bin Haji Azman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PelitaBrunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]