FacebookInstagramTwitterContact

 

Turkish Embassy Hosts Bangladeshi Diplomats           >>           Opening of Registration for Penilaian Sekolah Rendah 2024           >>           Water Tank Cleaning Works           >>           Blood Donation Campaign           >>           Participate in Overseas Learning Journey Programme           >>           Endowment of UNISSA's Mushaf Handover Ceremony           >>           Launching of Prototype Vehicle           >>           Final of the National Musabaqah Al-Quran Reading 2024           >>           Final Preparation to Welcome the Arrival of Haj Pilgrims           >>           Doa Kesyukuran for Intending Haj Pilgrims           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Terlibat Kes Kematian : 2 Lelaki Dipenjara


 


 October 10th, 2020  |  09:52 AM  |   970 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman empat tahun penjara ke atas dua lelaki, warganegara tempatan, masing-masing atas pertuduhan, di bawah Bab 302, Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22, yang dibaca bersama Bab 34 akta yang sama.

 

Yusree bin Haji Ya'akub @ Yakub (Defendan Kedua - D2); dan Supariddin bin Haji Mat Jinin (Defendan Ketiga - D3), dijatuhkan hukuman tersebut oleh Ketua Hakim Steven Chong; dan Hakim Muhammed Faisal bin PDJLD Kol. (B) DSP Haji Kefli, di Mahkamah Tinggi, Bandar Seri Begawan, kelmarin.

 

Menurut fakta kes, D2 dan D3 bersama-sama Defendan Pertama - D1, Moryadi bin Haji Raya, didakwa terlibat berkaitan dengan kes kematian, iaitu seorang mangsa, lelaki, warga tempatan.

 

D1 dan D2 didakwa di bawah Bab 302 Kanun, di bawah Bab 302, Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22, yang dibaca bersama Bab 34 akta yang sama (tuduhan pertama).

 

D3 pula didakwa bersubahat bersama D1 dan D2 dalam pembunuhan si mati, di bawah Bab 302, yang dibaca bersama Bab 109 akta yang sama (tuduhan kedua).

 

Bukan itu sahaja, Defendan Keempat - D4, Haji Tuah bin Haji Tarip juga didakwa bersubahat bersama D1 dan D2 dalam pembunuhan si mati, di bawah Bab 302, yang dibaca bersama Bab 109 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 (tuduhan ketiga).

 

Pada 20 Mei 2020, D4 mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dengan kesalahan yang dilakukan oleh D2, di mana D4 menghasut D2 untuk terus melakukan kesalahan tersebut, di mana telah mengakibatkan kematian mangsa.

 

Pada 24 September 2020, pihak Pendakwa Raya mengemukakan dua tuduhan alternatif terhadap D2, di mana D2 bersama-sama yang lain, tanpa niat, melakukan kesalahan, di mana kesalahan itu diketahuinya mengakibatkan kematian dan D2 tanpa niat juga menyebabkan kecederaan pada badan yang menyebabkan kematian, di bawah Bab 304 (2), yang dibaca bersama dengan Bab 34 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.

 

Seterusnya, tuduhan alternatif bagi D3 pula, kerana bersubahat melakukan kesalahan bersama D2 dan yang lainnya, dengan melakukan pembunuhan yang mengakibatkan kematian si mati, di mana D3 mengumpulkan sekumpulan lelaki, termasuk D2 bersama-sama yang lain, yang mempunyai senjata dan objek berbahaya, lalu berkumpul di sekitar Pos Kawalan Kuala Lurah dengan tujuan menyerang sekumpulan lelaki lain, termasuk si mati, di bawah Bab 304 (2), yang dibaca bersama dengan Bab 109 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.

 

Dalam pergaduhan itu, D2 juga membalas dendam kerana keretanya telah dirosakkan oleh Haji Ismadi. Ketika itu, D2 bersama objek besi menghampiri kereta si mati. D2 terkejut kerana mendapati di dalam kereta itu, bukanlah Haji Ismadi, tetapi ia adalah si mati.

 

D2 kemudian mengheret si mati keluar dari kereta itu, lalu menumbuknya sebanyak dua kali, di bahagian perut, bahkan si mati turut diserang oleh yang lainnya.

 

Semasa kejadian tersebut, si mati cuba berlari untuk melarikan diri menuju ke Pos Kawalan Kuala Lurah, namun mereka terus mengejarnya.

 

Salah seorang penyerang kemudian menggunakan padang samurai lalu menikam dan memukul belakang si mati, yang mengakibatkan si mati rebah ke tanah.

 

Sejurus penyerang beredar dari tempat kejadian, beberapa rakan si mati, yang berada di dalam kereta berasingan, mendapati si mati berlumuran darah, terbaring di jalan, berhampiran Pos Kawalan Kuala Lurah.

 

Si mati meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, di mana punca kematian si mati adalah disebabkan 'hemorrhagic shock' disebabkan kecederaan teruk pada bahagian dalam.

 

Dalam kenyataan fakta, D3 juga mahu menyelesaikan kes bersama Haji Ismadi. Sebelum ini, Haji Ismadi bersama rakan-rakannya telah memukul D3, semasa pergaduhan mereka di Limbang, pada tahun 2016.

 

Ketika itu, D3 mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital selama sebulan. Kereta D3 juga rosak akibat daripada pergaduhan berkenaan.

 

Pada malam itu, D3 mengarahkan rakan-rakannya, termasuk D2 ke Pos Kawalan Kuala Lurah untuk membalas dendam terhadap Haji Ismadi.

 

D3 bersetuju bersama D2 dan rakan-rakannya untuk menyerang si mati, menggunakan senjata berbahaya, walaupun D3 sendiri tidak menyerang si mati secara fizikal, namun D3 telah membawa pemukul besbol yang digunakannya untuk memecah cermin depan dan belakang kereta si mati.

 

Dalam hal ini, Mahkamah Tinggi berpendapat, hukuman awal enam tahun penjara adalah wajar. Hukuman ini juga mengambil kira faktor kelewatan. Mahkamah Tinggi telah mengambil kira pengakuan bersalah D2 dan D3 yang telah dibuat awal terhadap tuduhan alternatif masing-masing, yang diberikan terhadap mereka, semasa peluang pertama, Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman empat tahun pemenjaraan bermula dari tarikh mereka direman.

 

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Anifa Rafiza binti Haji Abdul Ghani, sementara Ahmad Zakaria bin Haji Mohammad dari M/S Ahmad Zakaria & Associates bagi pihak D2, manakala Mohd. Shazale bin Haji Mat Salleh dari MS Mohd. Shazale Salleh bagi pihak D3.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Cold Lava' Sweeps Villages Near Volcano, Killing 41

 2024-05-14 01:07:29

Scottish Water Investigates Chemical Waste Reports

 2024-05-14 02:27:20