Home > In The Court
Curi, Ceroboh Dihukum Penjara
October 9th, 2020 | 11:19 AM | 514 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret, di sini, menjatuhkan hukuman penjara ke atas dua orang lelaki tempatan berumur 37 dan 32 tahun di atas empat pertuduhan.
Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman membuat keputusan itu selepas tertuduh-tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Tertuduh-tertuduh, Pengiran Evyroy Fadly Musa bin Pengiran Kipli didakwa empat pertuduhan dan dikenakan penjara selama 42 bulan bermula tertuduh direman pada 24 Julai 2019 dan Pengiran Zulfadli bin Pengiran Ahmad Pedilah didakwa satu pertuduhan di penjara selama sembilan bulan bermula 7 Oktober 2020.
Fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali dan Syafina binti Abd. Hadzid mendedahkan bahawa tertuduh-tertuduh didakwa melakukan kesalahan mencuri sebuah kereta Proton Saga berwarna putih pada 28 Jun 2019 di sekitar kawasan Kompleks Haji Tahir, Gadong.
Manakala tertuduh Pengiran Evyroy Fadly Musa melakukan kesalahan menerima harta curi sebuah kereta Suzuki Ignis pada 14 hingga 20 Julai 2019 di tempat Pantai Jerudong dan pada 17 Mei 2019 tertuduh di dakwa menceroboh bangunan di Kampung Jangsak dan mencuri Baoshiganggi 'safe deposit box'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]