Home > In The Court
2 Warga Asing Dipenjara
October 4th, 2020 | 11:47 AM | 655 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dua warganegara Indonesia mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman hari ini, di Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan.
Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman di bawah Bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17; dan di bawah Bab 55 (1) (d) Akta Imigresen Penggal 17.
Defendan pertama, Sumiati, 52 tahun, dengan bilangan pasport A6356621, dijatuhkan hukuman tujuh bulan penjara, di bawah Bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17.
Sumiati didakwa atas kesalahan kerana tinggal di negara ini setelah Pas Lawatan mansuh bagi tempoh 2,511 hari.
Sementara, defendan kedua, Yayan Djeni Sopyan, 44 tahun, dengan bilangan pasport AM026980, dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara kerana melakukan kesalahan, di bawah Bab 55 (1) (d) Akta Imigresen Penggal 17.
Yayan Djeni Sopyan didakwa bersalah kerana memberikan perlindungan kepada pesalah imigresen.
Kedua-duanya ditangkap dalam Operasi Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, iaitu OPS PUMPUNG JIPK 126/2020, pada 30 September 2020, semasa pemeriksaan di sebuah rumah penempatan pekerja-pekerja, di Kampung Sabun, Jalan Muara.
Pendakwaan tertuduh-tertuduh dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya di JIPK, Adi Yusra bin Haji Adanan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]