FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           IBTE Job Fair           >>           Bead Embroidery Basic Skills Course           >>           Occasional Heavy and Thundery Showers are expected to occur until 19th May 2024           >>           Haj Ritual Guidance           >>           Community Leaders Programme           >>           UTB Project Showcase 2024           >>           Provision of Holistic Ecosystem           >>           International Day of Families 2024           >>           MoU Signing           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Pecah Amanah : Penjara 15 Bulan


 


 September 30th, 2020  |  11:42 AM  |   2043 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang perempuan warga tempatan, Nurul Haniah binti Haji Hamzah berusia 33 tahun bekas Kerani Kewangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) dijatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah BND20,733.50 pada tahun 2016.

 

Defendan membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Ketua Majistret Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar. Mahkamah memerintahkan Nurul Haniah menjalani hukuman tersebut bermula pada hari ia di reman.

 

Yang Arif Majistret setelah mengambil kira fakta-fakta dalam kes tersebut dan mempertimbangkan kepentingan awam telah menjatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatannya.

 

Menurut fakta kes, pada 7 Mei 2016, defendan tidak menyimpan wang tunai berjumlah BND11,577.50 daripada yuran sekolah yang dikumpulkan ke dalam akaun Sekolah YSHHB. Sebaliknya, defendan menyalahgunakan wang untuk kegunaan peribadinya.

 

Defendan menyediakan laporan koleksi harian tetapi tidak pernah menyerahkan kepada Penolong Pegawai Kewangan pada hari berikutnya. Begitu juga, pada 5 Julai 2016, defendan menerima bayaran tunai yuran sekolah bagi pihak Sekolah YSHHB.

 

Pada 5 Julai 2016, defendan tidak menyimpan wang tunai berjumlah BND9,156.00 daripada yuran sekolah yang dikumpulkan ke dalam akaun Sekolah YSHHB. Sebaliknya, defendan menyalahgunakan wang untuk kegunaan peribadinya.

 

Defendan menyediakan laporan kutipan harian tetapi tidak pernah menyerahkan kepada Penolong Pegawai Kewangan pada hari berikutnya.

 

Ayah defendan meminta pihak pengurusan YSHHB untuk mempertimbangkan dengan membuat pembayaran ansuran sebanyak BND500 setiap bulan bagi membuat pembayaran balik sepenuhnya.

 

Pembayaran pertama dibuat pada 16 November 2016. Sehingga kini, sejumlah BND5,400 sebagai ganti rugi telah dibuat dengan pembayaran terakhir pada 4 Oktober 2018. Selebihnya BND15,333.50 masih belum dibayar.

 

Pada 17 Oktober 2018, laporan polis dibuat oleh Pengarah Urusan YSHHB berikutan beberapa kes pecah amanah jenayah.

 

Semasa siasatan, defendan mengakui bahawa wang yang disalahgunakan itu digunakan untuk perbelanjaan hariannya, percutian ke Singapura dan membeli peti sejuk bernilai kira-kira BND1,000. Pada rekod, defendan adalah pesalah pertama. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi Nuraza binti Pengiran Haji Latiff.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China-Russia Relations: What Is Xi Jinping Prepared To Pay For Putin’s War?

 2024-05-16 04:59:31

Royal Mail Owner Poised To Accept £3.5bn Takeover Bid

 2024-05-16 00:10:34