FacebookInstagramTwitterContact

 

Handover of Financial Aid           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project Launching Ceremony           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           Commemorating Mosque's 25th Anniversary           >>           Boy Finds ‘Holy Grail’ Lego Octopus On Beach 26 Years After It Fell Into Sea           >>           Well, It's Always Nice To Check Out These Enchanted Secrets           >>           All The Celebrity Godparents You Didn't Know About           >>           Boeing's Starliner Spacecraft Will Not Fly Private Missions Yet, Officials Say           >>           Drake deletes AI-generated Tupac track after Shakur’s estate threatened to sue           >>           The FTC accuses Amazon of using Signal’s auto-deleting messages to erase evidence           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


ISC Meterai Perjanjian Penajaan Minuman Berkhasiat


PRESIDEN ISC, Pengiran Anak Haji Mohd. Yassin dan Pengurus Am ISC, Awang Rosdin menandatangani bagi pihak ISC, manakala Pengarah Urusan Syarikat berkenaan, Awang Ting Kah Ong dan Pengurus Syarikat berkenaan, Awang Isaac Yang menandatangani bagi pihak sya

 


 September 29th, 2020  |  09:20 AM  |   216 views

BERIBI

 

PURION kini menjadi air minuman rasmi kepada Kelab Sukan Indera (ISC) setelah memperoleh tajaan daripada Syarikat Leesin Sdn. Bhd., iaitu pengeluar air minuman berkhasiat di negara ini.

 

Sehubungan itu, Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara ISC dan Syarikat Leesin Sdn. Bhd. berlangsung di Restoran Millennium, di sini.

 

Presiden ISC, Pengiran Anak Haji Mohd. Yassin bin Pengiran Anak Safiuddin dan Pengurus Am ISC, Awang Rosdin bin Haji Abdul Aziz menandatangani bagi pihak ISC, manakala Pengarah Urusan Syarikat berkenaan, Awang Ting Kah Ong dan Pengurus Syarikat berkenaan, Awang Isaac Yang menandatangani bagi pihak syarikat penaja.

 

Majlis Penandatanganan tersebut disaksikan oleh tetamu kehormat majlis, Presiden Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan.

 

Melalui perjanjian persefahaman tersebut, syarikat pengeluar PURION terulung di negara ini akan memberi tajaan selama setahun bagi kegunaan para pemain ISC semasa menjalani latihan dan dalam penyertaannya pada perlawanan-perlawanan, sama ada di dalam mahupun di luar negara.

 

Tajaan berkenaan merupakan satu sumbangan yang bermanfaat daripada syarikat berkenaan, sekali gus sebagai tanda sokongan dan kerjasama yang padu kepada masyarakat dan pertubuhan sukan di negara ini.

''PURION mempunyai kelebihan tersendiri dan kini semakin menjadi air minuman popular di Negara Brunei Darussalam, terutama kepada ahli sukan. Pemain-pemain juga kini berpeluang menikmatinya dan mengambil manfaat daripada khasiat daripada minuman ini,'' jelas Awang Rosdin.

 

Menurutnya, sumbangan tajaan berkenaan akan membantu kelab berkenaan, terutama dalam penyediaan air minuman berkhasiat kepada para pemain ISC.

 

Sementara itu, Awang Ting Kah Ong pula menjelaskan bahawa tajaan berkenaan merupakan sokongan dan kerjasama syarikat kepada masyarakat di negara ini.

 

''Kami sangat bangga menjadi penaja kelab ISC sebagai langkah hasrat syarikat ini, agar masyarakat di negara ini meminum air yang berkhasiat dalam kehidupan seharian mereka,'' ujarnya.

 

Menurutnya, orang ramai boleh menilai sendiri kualiti kelazatan yang terkandung dalam minuman PURION, di samping menyediakan berbagai kelebihan membantu mengekalkan kesihatan.

 

ISC ditubuhkan pada tahun 1970 dengan nama Kilat FC dan bertukar nama kepada Indera FC pada tahun 1975. Manakala pada tahun 2010, kelab ini bertukar nama pasukan dan didaftarkan kepada pertubuhan NFABD menjadi Indera Sport Club (Indera SC).

 

Antara pencapaian terbaik ISC ialah pernah menjadi juara sebanyak dua kali dalam Liga Super (2013 dan 2014), menjuarai Piala FA (2017 dan 2018), dua kali juara bagi Piala Sumbangsih.

 

Pasukan ISC juga merupakan satu-satunya kelab pertama tempatan memperoleh Lesen AFC yang diiktiraf untuk mewakili negara untuk menyertai pertandingan bola sepak serantau yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

 

ISC di bawah kendalian jurulatih tempatan yang mengikuti piawaian AFC dan NFABD 'Lesen A' dan menjadi satu-satunya kelab pernah bermain di AFC CUP pada Januari 2020 lalu.

 

Kelab ini turut mengharapkan yang terbaik dalam persaingan liga di dalam mahupun di luar negara jika diberi peluang.

 

Kejayaan memperoleh Club Licensing System dari AFC menjadi pemangkin dalam memaju kelab ini ke arah yang lebih dinamik, terarah dan cemerlang lagi di masa akan datang. ISC juga menjadi platform kepada kelab-kelab lain untuk menguruskan kelab masing-masing dengan bersistematik selaras dengan acuan AFC.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48