FacebookInstagramTwitterContact

 

Kansas City Chiefs Player Isaiah Buggs Charged With Two Counts Of Second-Degree Animal Cruelty           >>           Prepping Basics: Essential Tips On How To Prepare For A Long-Term Water Supply Disruption           >>           Nearly 1 Out Of 3 Americans Are Living With CHRONIC PAIN           >>           Cucumbers Are A Natural Food Cure For Memory Loss           >>           Openai Says It Stopped Multiple Covert Influence Operations That Abused Its AI Models           >>           Microsoft And CWA Forge Labor Neutrality Agreement Covering All Zenimax Workers           >>           Spotify Says It Will Refund Car Thing Purchases           >>           NASA’S James Webb Space Telescope Has Found The Most Distant Galaxy Ever Observed           >>           Brazil's Lucas Paquetá To Play Copa América Amid Betting Charge           >>           KC Current Defender Gabrielle Robinson (ACL) Out For Season           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Curi Telefon Bimbit : Penjara 12 Bulan


 


 August 18th, 2020  |  10:20 AM  |   1529 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara ke atas seorang lelaki tempatan akibat mencuri telefon bimbit.

 

Mohammed Zulzamrin bin Zulkifli, 38 tahun, mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman tersebut oleh Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman di bawah Bab 380 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.

 

Tertuduh melakukan kesalahan tersebut pada 15 Ogos 2020 dengan memasuki salah sebuah kedai telefon bimbit di kawasan komersial Sengkurong dengan menggunakan topi berwarna hitam dan sungkup muka dengan niat untuk mencuri.

 

Di dalam kedai tersebut, tertuduh meminta jurujual wanita di kedai tersebut untuk mengeluarkan sebuah telefon bimbit Realme C3 32GB, berwarna biru, yang disimpan di dalam kaca paparan.

 

Jurujual wanita itu, kemudiannya mengeluarkan telefon bimbit tersebut dan memberikannya kepada tertuduh untuk melihatnya. Namun, tertuduh kemudian melarikan diri dari kedai berkenaan dengan membawa telefon bimbit yang dicuri. Walau bagaimanapun, perbuatan tertuduh itu tertangkap melalui rakaman CCTV kedai tersebut.

 

Jurujual wanita berkenaan cuba mengejar dan menjerit untuk meminta pertolongan. Jeritan dan tangisan jurujual tersebut didengar oleh dua pekerja KFC Sengkurong berdekatan, yang kemudian berjaya menangkap tertuduh berhampiran perhentian bas di kawasan komersial Sengkurong.

 

Orang awam turut membantu memeriksa poket tertuduh dan menemukan telefon bimbit tersebut di dalam poket tertuduh.

 

Pihak mahkamah juga menegaskan tertuduh merancang untuk melakukan kesalahan tersebut, terutama sekali dalam persiapannya menggunakan topi hitam dan sungkup muka untuk menyembunyikan identiti beliau.

 

Mahkamah juga menyatakan jika bukan kerana bantuan orang ramai, telefon bimbit yang dicuri itu tidak akan dapat dijumpai semula.

 

Majistret menegaskan, hukuman pemenjaraan adalah perlu untuk mengelakkan tertuduh dan orang lain daripada melakukan kesalahan yang sama.

 

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sabrina binti Haji Mahmud.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Convicts 14 Activists Of Subversion

 2024-05-31 00:25:56

Regulators Push Boeing On Plan For 'Systemic Change'

 2024-05-31 10:12:25