FacebookInstagramTwitterContact

 

Turkish Embassy Hosts Bangladeshi Diplomats           >>           Opening of Registration for Penilaian Sekolah Rendah 2024           >>           Water Tank Cleaning Works           >>           Blood Donation Campaign           >>           Participate in Overseas Learning Journey Programme           >>           Endowment of UNISSA's Mushaf Handover Ceremony           >>           Launching of Prototype Vehicle           >>           Final of the National Musabaqah Al-Quran Reading 2024           >>           Final Preparation to Welcome the Arrival of Haj Pilgrims           >>           Doa Kesyukuran for Intending Haj Pilgrims           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bendera Kebangsaan Megah Berkibar Semarakkan Hari Keputeraan


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM semasa hadir selaku tetamu kehormat majlis. | FOTO: PELITA BRUNEI (Hamzah Mohidin)

 


 July 2nd, 2016  |  10:21 AM  |   2190 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumaat, 1 Julai. - Negara Brunei Darussalam sangat bertuah dikurniakan seorang raja yang sangat mengelinga hal ehwal pentadbiran negara, kebajikan rakyat dan penduduknya sehingga ukhuwah itu mendekatkan lagi antara keduanya dan menimbulkan sifat cintakan raja dan negara.

 

Sudah menjadi kelaziman menjelangnya Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tanggal 15 Julai, seluruh kediaman dan bangunan-bangunan akan mengibarkan bendera kebangsaan dan peribadi masing-masing bagi yang dikurniakan gelaran bermula awal bulan ini.

 

010716 HAMZAH BSB-1

PENYERAHAN bendera besar berukuran 3.7m x 7.3m oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia  (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong kepada para anggota Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei.

 

Sehubungan itu, Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam bersempena Hari Keputeraan baginda yang ke-70 tahun dinaikkan dan berkibar megah di kawasan lapang Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di ibu negara, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat di upacara tersebut, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM pada tahun ini.

 

010716 HAMZAH BSB-4

SEBAHAGIAN tetamu yang hadir di majlis tersebut. 

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Mudim Haji Amran bin Haji Md. Salleh.

 

Kemudian diikuti dengan sepasukan 70 orang pembawa bendera negara yang terdiri daripada para anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dan Jabatan Penjara bergerak masuk dan seterusnya penyerahan bendera besar berukuran 3.7m x 7.3m oleh Yang Berhormat Pehin kepada para anggota Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei untuk dinaikkan sambil diiringi Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' nyanyian gabungan kumpulan koir dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan dan JBP dengan iringan pancaragam Pasukan Polis Diraja Brunei.

 

010716 HAMZAH BSB-6

UPACARA penaikan bendera besar negara oleh anggota Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei. 

 

Setelah itu, Yang Berhormat Pehin seterusnya menyerahkan bendera negara berukuran 1.8m x 1.2m kepada setiap perwakilan dari keempat-empat daerah masing-masing.

 

Dengan penaikan dan pengibaran bendera besar itu akan berkibar megah di ruang angkasa dan secara tidak langsung seluruh kediaman termasuk bangunan dan premis perniagaan akan turut sama menaikkan bendera lambang kedaulatan negara sehingga penghujung bulan ini nanti.

 

010716 HAMZAH BSB-11

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia  (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyerahkan bendera Negara Brunei Darussalam dan poster kepada Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara.

 

Ke arah menyemai dan meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab dalam konteks kehidupan bernegara, berbangsa, berkerajaan dan beraja, semua rakyat dan penduduk agar sama-sama ingat-mengingati bahawa mengibarkan bendera negara merupakan satu tanggungjawab dan juga satu peluang bagi menzahirkan cinta dan kasih, rasa tanggungjawab, komitmen, serta taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan dan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Juga hadir, Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta para penghulu mukim dan ketua kampung.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Cold Lava' Sweeps Villages Near Volcano, Killing 41

 2024-05-14 01:07:29

Scottish Water Investigates Chemical Waste Reports

 2024-05-14 02:27:20