FacebookInstagramTwitterContact

 

Haj Management Briefing           >>           Haj Management and Services Briefing           >>           Munajat Night           >>           Motivational Camp Closing Ceremony           >>           Village Head Voting and Selection           >>           Cleaning Campaign Activity           >>           Nurses are the Backbone of Health Care System           >>           International Nurses Day           >>           Ancient Pieces Of Wood Prove Our Ancestors Were Smarter Than We Thought           >>           Mcdonald’s Teases Its Biggest Burger Ever — And It Could Outrival Burger King’s Whopper           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


CIPTA Memberi Nilai Tambah Produktiviti Negara


DYTM DPMM berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah-hadiah dan Anugerah CIPTA kepada pemenang-pemenang

 


 May 26th, 2017  |  11:29 AM  |   1073 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB) selaku Penaung Anugerah CIPTA, berkenan berangkat ke Majlis Anugerah CIPTA Pengiran Muda Mahkota 2017 berlangsung di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D'Seni, di ibu negara di sini.

 

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman; Naib Canselor UTB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dan Pengarah Urusan Brunei LNG Sendirian Berhad, Dr Thomas Jenke.

 

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Naib Canselor UTB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah.

 

Naib Canselor UTB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah dalam sembah alu-aluannya berkata, UTB berperanan penting dalam memupuk minat ke arah pendidikan dan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Science, Technology, Engineering and Mathematics – STEM).

 

Menurut beliau, salah satu caranya adalah menyediakan ekosistem yang boleh menjana bakat reka cipta dan inovasi berkualiti tinggi melalui Pertandingan CIPTA Pengiran Muda Mahkota.

 

Pertandingan ini juga jelasnya, boleh memberi nilai tambah kepada produktiviti negara seperti yang dimaksudkan melalui tema pertandingan iaitu 'Inovasi untuk ekonomi yang mampan' di mana penyelidikan dan pembangunan adalah pemudah cara inovasi, boleh mendorong kepada pertumbuhan produktiviti serta ekonomi sesebuah negara.

 

Beliau seterusnya menambah bahawa inovasi memerlukan pelbagai usaha termasuk persekitaran yang kondusif, mentor yang berpengalaman, infrastruktur, akses kepada industri dan pelabur pasaran.

 

''Sambutan dan kualiti penyertaan dari dalam negeri masih di tahap yang sama pada setiap pertandingan. Pada tahun ini, seramai 47 buah penyertaan di mana 10 daripadanya adalah dari negara ASEAN dan 37 dari dalam negeri. Penyertaan negara-negara ASEAN boleh menjadi pemangkin kepada persaingan peserta dalam negeri dan menjadi petanda aras kepada kualiti penyertaan di setiap pertandingan CIPTA Pengiran Muda Mahkota,'' terangnya.

 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ringkasan penilaian keseluruhan ketua pengadil bagi penyertaan CIPTA 2017 diikuti dengan pengumuman pemenang-pemenang pertandingan berkenaan yang disampaikan oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Teknikal CIPTA 2017, Dr Hajah Nor Zainah binti Haji Siau.

 

Sebanyak lima kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori 1 Ciptaan Produk, Proses atau Teknologi yang Baharu; Kategori 2 Pengubahsuaian Produk, Proses atau Teknologi yang Sedia Ada; Kategori 3 Ciptaan Baharu atau Pengubahsuaian Produk, Proses atau Teknologi yang Sedia Ada oleh Pencipta / Pereka Muda; Pertandingan Smart Junior dan Pertandingan ASEAN di bawah Kategori Ciptaan Baharu atau pengubahsuaian produk, proses atau teknologi yang sedia ada dan Ciptaan Produk, Proses atau Teknologi Yang Baharu bagi Pencipta / Pereka Muda.

 

Bagi Kategori Pertama Ciptaan Produk, Proses atau Teknologi Yang Baharu, tiada pemenang tempat pertama dan kedua bagi kategori ini.

 

Projek Revolving Griller hasil ciptaan Awang Haji Weston bin Sulaiman mendapat tempat ketiga bagi kategori tersebut dengan kutipan markah 73.3 peratus.

 

Manakala bagi Kategori Kedua, Projek Geography Teaching Aid hasil ciptaan Awang Haji Muhammad Zuwaini bin Haji Aliyani dan Dayang Syazana binti Mohammad Jaluddin mendapat tempat kedua manakala projek Great Hanger hasil ciptaan Dayang Amanina @ Nurfatin binti Haji Bakar dan Dayang Nurul Bahriah binti Haji Latip pula mendapat tempat ketiga dan tiada pemenang di tempat pertama bagi Kategori Kedua.

 

Sementara itu, bagi projek Hijau SPA (Smart Portable Aquaponics) sistem hasil ciptaan Dayangku Nurul Syasya Aqilah binti Pengiran Haji Omardani, Dayang Rasyidah binti Shahrani dan Dayang Nurul Nur Sakirah binti Shahbudin dari Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM) menjuarai Kategori 3 Ciptaan Baharu atau Pengubahsuaian Produk, Proses atau Teknologi Yang Sedia Ada oleh Pencipta / Pereka Muda.

 

Tempat kedua bagi Kategori Ketiga ini dimenangi oleh Dayang Nurul Nabiihah binti Zulsekin, Awang Waleed bin Haji Masri dan Dexter Poh Tzi Siang dari Sekolah Menengah Sayyidina Hassan dengan hasil ciptaan mereka Projek Vacuum on Water.

 

Di tempat ketiga pula disandang oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Berakas iaitu, Dayang Ammera Fazia @ Adiva binti Sulaiman, Awang Abdurrahman bin Haji Ahmad Yazid dengan ciptaan projek, Football Energy Harvester.

 

Bagi Pertandingan Smart Junior, tiada pemenang pertama bagi kategori ini sementara menduduki tempat kedua pula disandang oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Berakas iaitu Dayang Hasya Darwish binti Johar dan Awangku Muhammad Nurimtiyaz Syuwar Ili Izzudin dengan projek mereka, Quenching The Thirst – A Self Watering Vase / Pots for Plants.

 

Projek Perpetual Spring Charger hasil ciptaan Awang Habib Abdul Hakim bin Habib Abdul Rashid, Awang Albert Chong Kim Seng dan Dayang Seline Phang Min Sing dari Sekolah Menengah Sayyidina Hassan pula mendapat tempat ketiga bagi Pertandingan Smart Junior.

 

Manakala, bagi Pertandingan ASEAN di bawah Kategori Ciptaan Baharu atau Pengubahsuaian Produk, Proses atau Teknologi Yang Sedia Ada pula dijuarai oleh Wan Khairul Aswandi bin Wan Mohd. Ali dan Awang Syariffuddin bin Ismail dari Institut Perindustrian Miri, Sarawak dengan projek mereka Welder Arm V1.0.

 

Namun, tiada pemenang bagi Kategori ASEAN  Ciptaan Produk, Proses atau Teknologi yang baharu bagi Pencipta / Pereka Muda dan Piala Anugerah Pengiran Muda Mahkota 2017.

 

DYTM kemudiannya berkenan menyampaikan hadiah kepada semua peserta pertandingan dan kemudiannya menerima pesambah daripada Jawatankuasa CIPTA 2017 yang disampaikan oleh Naib Canselor UTB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah.

 

Sejurus selepas itu, DYTM dijunjung untuk menyaksikan pameran dan berinteraksi dengan pemenang-pemenang pertandingan CIPTA 2017.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59