Home > Bahasa Melayu
Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan muhibah
YANG Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib semasa menerima kunjungan muhibah dari Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam. | Foto : Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat
March 28th, 2017 | 07:19 AM | 891 views
BANDAR SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Mac. - Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib menerima kunjungan muhibah daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Marcal Avelino Ximenes.
Kunjungan muhibah tersebut diadakan di Bangunan Dewan Majlis, di sini.
Hadir sama pada kunjungan muhibah tersebut, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar, Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail berserta beberapa orang pegawai Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.
Pada kunjungan muhibah tersebut, Yang Berhormat Yang Di-Pertua MMN dan TYT Duta Besar Republik Demokratik Timor-Leste bertukar-tukar pandangan mengenai hal-hal yang menjadi keprihatinan bersama.
Kedua-dua belah pihak berbincang-bincang mengenai perkembangan ekonomi yang sedang dialami di negara masing-masing.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]