Home > School
Timba Pengetahuan Asas Mengenai Halal
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
January 30th, 2024 | 08:43 AM | 2137 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) dan badan pelajar Halalan Thayyiban Student Society (HTSS), baru-baru ini telah melaksanakan Program Celik Halal anjuran bersama Belia Imtiyaz Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).
Program tersebut diketuai oleh Penolong Pensyarah di PPHT, Dayang Raihana binti Mohd Raffi serta mahasiswa dan mahasiswi PPHT sebagai fasilitator program.
Objektif utama program adalah untuk memberi pendidikan awal mengenai pengetahuan asas tentang halal dan haram terutama dalam aspek makanan.
Selain itu, sasaran utama program adalah para pelajar yang mengikuti kelas mengaji di Masjid YSHHB, Kampung Bolkiah 'A' pada setiap Jumaat.
Seramai 220 pelajar telah mengikuti program tersebut bersama dengan tenaga pengajar di masjid berkenaan.
Program dimulakan dengan sesi pembelajaran interaktif dan pembentangan menarik mengenai pengertian halal dan haram yang telah disampaikan oleh fasilitator program.
Bagi menarik minat peserta, beberapa permainan 'mini games' dan juga latihan telah diadakan untuk menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang halal.
Pelajar yang berjaya menjawab latihan dan kuiz turut diberikan hadiah galakan.
Dengan adanya program seperti ini, ia boleh meningkatkan lagi pengetahuan dan daya pemikiran pelajar-pelajar yang muda bagi menggalakkan pertumbuhan pemikiran dan berfikir secara terbuka dalam mempelajari konsep yang baharu.
Secara umumnya, masyarakat mulai sedar tentang kepentingan halal dalam kehidupan seharian mereka, namun kesedaran ini kebanyakannya tertumpu pada kategori barangan tertentu seperti makanan, produk kesihatan, produk perbankan, pakaian dan sebagainya.
Selain itu, ia juga dapat merapatkan lagi hubungan universiti dengan masyarakat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Universiti Islam Sultan Sharif Ali
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]