FacebookInstagramTwitterContact

 

The US Supreme Court Rejects Elon Musk’s Appeal In ‘Funding Secured’ Tweet Ruling           >>           Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech           >>           US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes           >>           Vinted Makes First Profit On Used Fashion           >>           Lose Weight Standing Around: New Study Finds Standing Rather Than Sitting For Six Hours Per Day Prevents Weight Gain, Aids Weight Loss           >>           Greens, Legumes And Unsaturated Fats: How To Reverse Diabetes With Food           >>           Unilever Recalls Magnum Ice Cream In The U.K. And Ireland Due To Possible Metal And Plastic Contamination           >>           Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


NBD, Timor-Leste Komited Terokai Kerjasama Pelbagai Bidang


Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 November 7th, 2023  |  09:11 AM  |   96 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bersama Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Dr. José Ramos-Horta ke Baitul Mesyuarah, Istana Nurul Iman bagi Majlis Perjumpaan Dua Hala.

 

Berangkat sama ke Majlis Perjumpaan Dua Hala tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

 

Pada Majlis Perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah bagi mengalu-alukan Tuan Yang Terutama Dr. José Ramos-Horta atas Lawatan Negara yang pertama ke Negara Brunei Darussalam dan menyatakan bahawa lawatan terakhir TYT adalah lebih 20 tahun yang lalu.

 

Oleh itu, baginda bertitah bahawa Lawatan Negara ini mencerminkan persahabatan yang telah lama terjalin dan komitmen dalam merapatkan hubungan antara kedua-dua buah negara.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga bertitah menekankan bahawa kerjasama dua hala telah berkembang maju dalam banyak bidang sejak hubungan diplomatik ditubuhkan pada tahun 2002 dan dengan itu, baginda menzahirkan harapan untuk meneruskan kerjasama dalam meningkatkan lagi hubungan muhibah dan persahabatan antara kedua-dua buah negara.

 

Ini diikuti dengan ucapan balas TYT, yang mana antara lainnya, menzahirkan penghargaan ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas layanan baik dan mesra yang telah diberikan kepada TYT serta delegasi.

 

TYT juga menekankan sokongan Kebawah DYMM terhadap proses pembangunan negara dan pengintegrasian serantau Timor-Leste ke dalam ASEAN.

 

Dalam hal ini, Lawatan Negara berkenaan memberikan peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala; isu-isu serantau dan global; serta untuk meneroka langkah-langkah bagi memperkukuhkan dan memperdalamkan lagi hubungan berkenaan.

 

Semasa Majlis Perjumpaan ini juga, kedua-dua pemimpin menekankan kepentingan kerjasama dua hala yang sedia ada termasuk dalam bidang pendidikan dan pertukaran antara rakyat, dan mengalu-alukan pengukuhan hubungan dalam bidang kerjasama kesihatan dan tenaga serta penandatanganan Memorandum of Understanding on the Employment / Recruitment of Timor-Leste Workers to Brunei Darussalam.

 

Tambahan lagi, Negara Brunei Darussalam (NBD) akan menawarkan dua biasiswa pasca-siswazah tahunan dalam tempoh tiga tahun akan datang di institusi-institusi pendidikan tinggi terpilih bagi penuntut-penuntut Timor-Leste untuk melanjutkan pelajaran di negara ini yang bermula pada tahun 2024.

 

Perbincangan juga mengetengahkan sokongan berterusan NBD terhadap keahlian Republik Demokratik Timor-Leste dalam ASEAN, serta menyentuh perkembangan serantau dan antarabangsa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech

 2024-04-30 10:42:36

US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes

 2024-04-30 10:37:24