FacebookInstagramTwitterContact

 

Lose Weight Standing Around: New Study Finds Standing Rather Than Sitting For Six Hours Per Day Prevents Weight Gain, Aids Weight Loss           >>           Greens, Legumes And Unsaturated Fats: How To Reverse Diabetes With Food           >>           Unilever Recalls Magnum Ice Cream In The U.K. And Ireland Due To Possible Metal And Plastic Contamination           >>           Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>           Strengthening Health Services Quality           >>           Appointment Letters Presentation           >>           Islamic Turkish Calligraphy Course           >>           Football Clinic with EPL Legends Players           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Konvokesyen UBD Ke-35 Raikan 1,149 Graduan


 


 August 22nd, 2023  |  11:12 AM  |   86 views

TUNGKU LINK

 

Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam (UBD) Ke-35 mencatatkan sejarahnya tersendiri pada tahun ini dengan kejayaannya menganugerahkan penerima Ijazah Doktor Falsafah yang tertinggi dalam sejarah Konvokesyen UBD iaitu seramai 43 orang terdiri daripada 24 graduan anak tempatan dan 19 graduan antarabangsa.

 

Selain itu, sejumlah 792 penerima Ijazah Sarjana Muda pada sesi pagi hari ini daripada keseluruhan penerima seramai 1,149 pada Majlis Konvokesyen kali ini.

 

Berkenan berangkat dan seterusnya menyempurnakan pengurniaan ijazah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku Canselor UBD setentunya detik yang dinantikan oleh seluruh graduan yang diraikan pada majlis berlangsung di Dewan Canselor UBD, di sini.

 

Berangkat sama, paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang juga selaku Pro Canselor UBD.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan paduka anakanda baginda dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh dan Naib Canselor UBD, Dr. Hazri bin Haji Kifle.

 

Majlis Konvokesyen UBD Ke-35 dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Sejurus keberangkatan tiba di Dewan Canselor, Bentara membawa Mushaf UBD mendahului perarakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menuju ke pentas penganugerahan sambil diiringi oleh bacaan selawat diikuti Tala'al Badru.

 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan  diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Surah An-Nahl, ayat 64 hingga ayat 69 oleh mahasiswa dari Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan, Awang Muhammad Izzuddin bin Haji Nor Hisham manakala inti sari ayat pula dibacakan oleh graduan sarjana, Awang Haji Abdul Alif bin Haji Sulaiman.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan mengurniakan titah yang antara lain menggalakkan para graduan supaya meneroka peluang keusahawanan kerana bidang itu mampu untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang-peluang baharu perniagaan dan pekerjaan.

 

Terdahulu, Naib Canselor UBD dalam sembah alu-aluannya antara lain menyembahkan pada menjunjung titah Kebawah Duli Tuan Patik pada Majlis Konvokesyen UBD Ke-34 iaitu bagi kurikulum GenNext direbiu agar terus relevan demi melahirkan graduan yang 'employable' dan 'future-proof', pihak UBD telah memulakan usaha itu dengan menubuhkan satu kumpulan kerja khusus untuk menilai, menanda aras dan memberikan hala tuju kurikulum baharu yang sentiasa relevan, efektif, bersifat 'interdisciplinary' dan 'experiential learning' demi memastikan para graduan akan mendapat pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang diperlukan di era yang semakin mencabar ini.

 

Menurut Dr. Hazri, 'stakeholder engagement' juga telah dan akan terus dilaksanakan bersama pihak industri, agensi-agensi kerajaan, para pelajar, alumni dan ibu bapa melalui bengkel, kaji selidik dan 'focus group' bagi mendapatkan pemikiran dan maklum balas yang amat berharga dalam penambahbaikan kurikulum tersebut.

 

“InsyaaAllah, usaha ini akan dilaksanakan dengan komprehensif dan teliti bagi mengenal pasti apa jua jurang dan keperluan sumber bagi memastikan penghasilan dan pelaksanaan kurikulum baru yang teguh, berdaya tahan dan sejajar dengan trend kurikulum pengajian tinggi di peringkat antarabangsa," sembahnya lagi.

 

UBD telah mula menawarkan dua program baharu iaitu Master dan PhD in Digital Public Health dan Micromaster of Occupational Health and Safety dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan The Safety, Health and Environment National Authority (SHENA).

 

Tambah Naib Canselor UBD lagi, pelaksanaan program-program itu adalah ditawarkan untuk mendukung hasrat pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan keperluan para profesional dan industri yang berkenaan.

 

Dr. Hazri seterusnya menyembahkan bahawa UBD adalah kini peneraju bersama bagi ASEAN University Network on Technology-Enhanced Personalised Learning (AUN-TEPL) bersama Singapore Management University, Universiti Malaya dan Mahidol University, Thailand, yang bertujuan untuk memupuk kerjasama dalam kalangan universiti-universiti ASEAN dalam meningkatkan pembelajaran yang dibantu teknologi.

 

Menyentuh mengenai pembangunan kurikulum dan pendidikan keusahawanan para pelajar, sembah Dr. Hazri, UBD telah berkolaborasi dengan City University, Hongkong dan Babson College, Amerika Syarikat yang mana adalah antara sebuah institusi pendidikan terbaik dunia bagi pendidikan keusahawanan.

 

Dari segi penyelidikan pula, sembahnya lagi, UBD telah membangunkan Research Management System (ReMS) yang menyediakan satu ekosistem penyelidikan yang lebih kondusif, efisien dan mesra pengguna. Dari sini, hasil penyelidikan telah berkembang dari segi kuantiti dan kualiti.

 

“Penerbitan penyelidikan dan 'citation' telah menunjukkan peningkatan yang amat positif di mana pada masa ini 11 daripada ahli akademik UBD adalah tergolong dalam dua peratus saintis terbaik di seluruh dunia menurut laporan tahunan yang diterbitkan oleh Stanford University.

 

“UBD juga telah menerima dana penyelidikan dari Council for Research and the Advancement of Technology and Science (CREATES), Brunei Shell Petroleum dan beberapa agensi serta universiti ternama seperti Nanyang Technology University (NTU), Singapore-MIT Alliance for Research and Technology dan National Science Foundation, Amerika Syarikat," sembah Naib Canselor UBD lagi.

 

Manakala itu, sembahnya, dua kumpulan penyelidikan telah ditubuhkan di UBD iaitu Digital  Health dan Sustainability yang mana adalah dua bidang yang penting bagi kebaikan masa depan manusia.

 

“Adalah diharapkan semua perkembangan ini akan terus menjadikan UBD sebuah universiti yang cemerlang di rantau ini dan di peringkat global," sembahnya lagi.

 

Para penerima ijazah pada tahun ini terdiri daripada para graduan dalam pelbagai bidang jurusan (sesi pagi), iaitu Ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan; Ijazah Doktor Falsafah dalam Linguistik Terapan; Ijazah Doktor Falsafah dalam Bahasa Melayu dan Linguistik; Ijazah Doktor Falsafah dalam Kimia; Ijazah Doktor Falsafah dalam Geosains; Ijazah Doktor Falsafah dalam Bioteknologi; Ijazah Doktor Falsafah dalam Sains Komputer; Ijazah Doktor Falsafah dalam Fizik Terapan; Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengurusan; Ijazah Doktor Falsafah dalam Ekonomi; Ijazah Doktor Falsafah dalam Kewangan; Ijazah Doktor Falsafah dalam Kejururawatan; Ijazah Doktor Falsafah dalam Perbidanan; Ijazah Doktor Falsafah dalam Sains Klinikal; Ijazah Doktor Falsafah dalam Kejuruteraan Sistem; Ijazah Doktor Falsafah dalam Tamadun Islam dan Isu-isu Kontemporari; Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengajian Tenaga dan Ijazah Doktor Falsafah dalam Urus Tadbir Islam.

 

Manakala dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda iaitu Ijazah Sarjana Muda Sastera (Akademi Pengajian Brunei); Ijazah Sarjana Muda Sastera (Fakulti Sastera dan Sains Sosial); Ijazah Sarjana Muda Perniagaan; Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan; Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Perubatan); Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Pergigian); Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan; Ijazah Sarjana Muda Sains dan Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi Digital.

 

Sejurus selesai pengurniaan ijazah-ijazah kepada graduan-graduan di Dewan Canselor UBD, bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan dan selepas itu, Kebawah DYMM dijunjung untuk menyaksikan pameran yang mengetengahkan penemuan saintifik dan inovasi terkini.

 

Sekolah Sains Digital (The School of Digital Science) mempamerkan CareerBN, penyelesaian para pencari kerja bagi memenuhi keperluan masing-masing, di mana portal ini dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI) yang menyediakan sistem yang mudah dan senang untuk mencari pekerjaan yang diingini dan untuk perekrut mencari calon yang sesuai.

 

Sistem boleh mengesyorkan pekerjaan / calon berdasarkan keperluan dan minat pengguna.

 

Sementara itu, Institut Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar (IBER) mempamerkan penemuan daripada penyelidikan mengenai Bunga Simpur. Petunjuk daripada genom menunjukkan Bunga Simpur menghasilkan sebatian organik yang mempunyai sifat teraputik.

 

Compounds daripada loji Bunga Simpur kemudiannya diprofilkan menggunakan spektrometri jisim terkini. Ekstrak tumbuhan kemudiannya diuji terhadap pelbagai barisan sel kanser. Akar Bunga Simpur juga menunjukkan aktiviti yang menjanjikan dengan banyak sebatian terpenoid.

 

Institut Kesihatan Sains (IHS) Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah (PAPRSB) mengumumkan hasil kajian kerjasama mereka dengan Kementerian Kesihatan dan Sekolah Perubatan Duke-NUS, Singapura.

 

Penemuan utama daripada penyelidikan 'Imunogenisiti vaksin COVID-19 dan tahap antibodi meneutralkan SARS-CoV2 kepada penduduk Negara Brunei Darussalam' melihat keberkesanan vaksin COVID-19, iaitu AstraZeneca, Moderna dan Sinopharm.

 

UBD bekerjasama dengan Sekolah Perubatan Duke-NUS, yang membangunkan ujian peneutralan virus (cPass) untuk mengesan dan mengukur antibodi peneutral-antibodi khusus yang bertanggungjawab untuk membersihkan jangkitan virus pesakit.

 

Baginda juga berkenan menerima pesambah iaitu karya seni kedua-dua bunga kebangsaan Negara Brunei Darussalam iaitu Bunga Simpur (Dillenia Suffruticosa) dan bunga kebangsaan Singapura iaitu Orkid Singapura (Papilionanthe Miss Joaquim).

 

Sebelum meninggalkan majlis, Kebawah DYMM dan paduka anakanda baginda berkenan bergambar ramai dan kemudiannya beramah mesra bersama para graduan dan ibu bapa serta penjaga mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Philips Pays $1.1bn To Settle Respirator Case

 2024-04-30 00:23:36