FacebookInstagramTwitterContact

 

The US Supreme Court Rejects Elon Musk’s Appeal In ‘Funding Secured’ Tweet Ruling           >>           Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech           >>           US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes           >>           Vinted Makes First Profit On Used Fashion           >>           Lose Weight Standing Around: New Study Finds Standing Rather Than Sitting For Six Hours Per Day Prevents Weight Gain, Aids Weight Loss           >>           Greens, Legumes And Unsaturated Fats: How To Reverse Diabetes With Food           >>           Unilever Recalls Magnum Ice Cream In The U.K. And Ireland Due To Possible Metal And Plastic Contamination           >>           Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


314 Graduan Terima Ijazah Sarjana, Diploma


 


 August 22nd, 2023  |  11:09 AM  |   63 views

TUNGKU LINK

 

Rintangan yang diharungi oleh 314 graduan Universiti Brunei Darussalam (UBD) demi memperoleh segulung ijazah dan diploma yang diimpikan akhirnya membuahkan hasil dengan berlangsungnya Majlis Konvokesyen Ke-35 UBD di Dewan Canselor UBD, di sini.

 

Berkenan berangkat menyempurnakan pengurniaan ijazah sarjana, diploma lepasan ijazah dan diploma pada sesi petang, Majlis Konvokesyen tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro Canselor UBD.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah  dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh dan Naib Canselor UBD, Dr. Hazri bin Haji Kifle.

 

Sejurus Duli Yang Teramat Mulia berada di atas pentas, Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dimainkan oleh Pancaragam Polis Diraja Brunei.

 

Pada majlis penuh bersejarah itu, DYTM berkenan mengurniakan ijazah sarjana kepada 268 graduan; diploma lepasan ijazah kepada 42 orang, manakala empat graduan menerima diploma.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Ijazah mahupun diploma yang diraih merupakan salah satu ukuran kejayaan di sepanjang pengajian di UBD, namun ia bukanlah ukuran mutlak dalam menyediakan para graduan di dunia pekerjaan.

 

Apa yang diharapkan para graduan mampu membentuk jati diri dan memperkasakan insaniah secara holistik di sepanjang pengajian di institut tertinggi di Negara Brunei Darussalam sebagaimana yang diharapkan oleh UBD, yang mana ia bukan saja mengeluarkan para graduan melalui ijazah, tetapi mengeluarkan graduan yang mampu berdaya saing di dunia luar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech

 2024-04-30 10:42:36

US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes

 2024-04-30 10:37:24