FacebookInstagramTwitterContact

 

Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>           Strengthening Health Services Quality           >>           Appointment Letters Presentation           >>           Islamic Turkish Calligraphy Course           >>           Football Clinic with EPL Legends Players           >>           Official Luncheon           >>           Memorandums of Understanding Signing Ceremony           >>           Bilateral Meeting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JKR Terima Kunjungan Delegasi CCOPTS


 


 August 22nd, 2023  |  11:06 AM  |   69 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan baru-baru ini  menerima kunjungan daripada delegasi Coordinating Committee for Geoscience Programmes In East and Southeast Asia Technical Secretariat (CCOPTS) yang diketuai oleh Pengarah CCOPTS, Dr. Young Joo Lee.

 

Kunjungan delegasi itu bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan skop kerja Jawatankuasa Penyelarasan Program Geosains di Asia Timur dan Tenggara (CCOP) dan untuk mengukuhkan kerjasama antara Brunei Darussalam dan CCOP.

 

Pada 24 Jun 2020, Negara Brunei Darussalam secara rasmi diterima sebagai ahli CCOP semasa mesyuarat secara maya CCOP Steering Committee yang ke-74. Sejak itu, Brunei Darussalam telah terlibat secara aktif dengan CCOP, seperti berkongsi pengetahuan mengenai perkembangan terkini dalam geosains melalui aktiviti seperti program latihan dan peningkatan kapasiti, projek, dan pertemuan.

 

Sepanjang kunjungan yang diadakan dari 8 hingga 12 Ogos 2023 itu, delegasi telah membuat perjumpaan dengan Pemangku Ketua Pengarah JKR, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar dan turut dihadiri oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah JKR, Ir. Awang Norazmi bin Othman, selaku Perwakilan Tetap Brunei Darussalam ke CCOP.

 

Semasa perjumpaan, Perwakilan Tetap Brunei Darussalam ke CCOP telah memberikan ucapan dengan mengungkapkan rasa terima kasih atas lawatan dan menyatakan hasrat untuk terlibat secara aktif dan berterusan dalam aktiviti, projek, dan mesyuarat CCOP, dengan tumpuan khusus dalam memajukan penyelidikan dalam bidang geosains.

 

Sementara itu, Pengarah CCOPTS dalam ucapan balasnya telah menekankan penghargaannya kepada Negara Brunei Darussalam atas keahlian negara ke CCOPTS dan menjadikannya sebagai platform lengkap perkongsian dan menyediakan maklumat antara Asia Timur dan Asia Tenggara.

 

Sejak bergabung, Negara Brunei Darussalam dan CCOP telah memperoleh manfaat bersama.

 

Delegasi juga membuat kunjungan ke beberapa Bahagian di JKR iaitu Pejabat Bahagian Kaji Tanah dan Kaji Selidik bagi melawat Pusat Seismik Nasional (NSC) dan Makmal Ujian Bahan Binaan dan seterusnya ke Bahagian Saliran, Jabatan Saliran dan Pembetungan (DDS) untuk mengetahui dan memahami perkembangan projek perlindungan pantai di Negara ini.

 

Delegasi juga berkesempatan menerima panggilan hormat bersama Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohammad Salleh.

 

Rancangan kunjungan delegasi juga merangkumi lawatan ke Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Teknologi Brunei. Semasa lawatan, Dr. Young Joo Lee berkongsi maklumat mengenai aktiviti-aktiviti CCOPTS dan membincangkan potensi kerjasama dalam pendidikan dan industri di masa hadapan terutamanya yang berkaitan dengan geosains.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Philips Pays $1.1bn To Settle Respirator Case

 2024-04-30 00:23:36