FacebookInstagramTwitterContact

 

The US Supreme Court Rejects Elon Musk’s Appeal In ‘Funding Secured’ Tweet Ruling           >>           Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech           >>           US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes           >>           Vinted Makes First Profit On Used Fashion           >>           Lose Weight Standing Around: New Study Finds Standing Rather Than Sitting For Six Hours Per Day Prevents Weight Gain, Aids Weight Loss           >>           Greens, Legumes And Unsaturated Fats: How To Reverse Diabetes With Food           >>           Unilever Recalls Magnum Ice Cream In The U.K. And Ireland Due To Possible Metal And Plastic Contamination           >>           Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Usaha, Komitmen Menuntut Ilmu Akhirnya Membuahkan Hasil


 


 August 22nd, 2023  |  10:57 AM  |   68 views

TUNGKU LINK

 

Cabaran dan ujian dalam menuntut ilmu bukanlah sesuatu yang mudah, malah ia menguji minda dan kesabaran di samping memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental.

 

Justeru, masa dan komitmen adalah cabaran yang dihadapi semasa empat tahun pengajian di Universiti Brunei Darussalam (UBD).

 

Perkara itu dikongsikan oleh Dayang Nurwatriah binti Haji Morni yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Dalam Ekonomi Digital semasa ditemu bual pada Majlis Konvokesyen Ke-35 UBD, di Dewan Canselor, UBD, di sini.

 

“Alhamdulillah, saya merasa amat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan gembira atas pencapaian saya untuk menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda. Ini adalah berkat usaha saya, doa dan dorongan suami, ibu dan bapa serta adik-beradik," ujarnya.

 

Oleh itu, beliau berazam untuk menaik taraf jawatan beliau dan akan melanjutkan pengajian pada masa akan datang sekiranya diberikan peluang.

 

Begitu juga, Awang Haji Md. Rozan bin Dato Paduka Haji Md Yunos yang menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah Dalam Urus tadbir Islam berkata, cabaran itu amatlah sukar namun amanah dan tanggungjawab adalah penting.

 

Kita juga tegas beliau hendaklah fokus selain mempersiapkan semua tugasan yang diberikan dengan rasa tanggungjawab.

 

Walaupun Allahyarhamah isteri beliau tidak dapat menyaksikan kegembiraan hari ini namun beliau tetap berazam untuk memanfaatkan apa yang dipelajari di UBD untuk disebarkan kepada para pelajar lainnya dan yang telah diajar juga akan diperluaskan.

 

Pada masa yang sama, beliau juga menyeru mahasiswa dan mahasiswi UBD untuk fokus dan yang penting belajar 'hard skill' dan 'soft skill' untuk menambah baik apa yang dipelajari dan memudahkan untuk mendapatkan pekerjaan.

 

Sementara itu, Dayang Hajah Norati binti Bakar yang menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah dalam Bahasa Melayu dan Linguistik di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UBD melahirkan perasaan terharu dan gembira kerana ini merupakan kejayaan ibu bapa beliau yang mendidiknya sehingga berjaya.

 

“Banyak cabaran yang ditempuhi, terutama dari segi menyeimbangkan masa di samping menjalankan tugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), membuat penyelidikan dan tesis, tanggungjawab di rumah juga bersama keluarga dan bermasyarakat," tambahnya.

 

Katanya, niat untuk menuntut ilmu adalah kerana Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana yang dituntut dalam agama kita dan jika ada peluang beliau merancang untuk berkongsi ilmu leksikografi kepada masyarakat, khususnya kepada mahasiswa dan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.

 

Salah seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Jurusan Keusahawanan, Awang Muhammad Efwad Rashyad bin Samle bertekad agar sentiasa meneruskan momentum berdikari untuk membela diri sendiri dengan memanfaatkan ilmu yang diperoleh dari UBD.

 

“Cabaran semestinya terutama sekali mengelakkan rasa malas dan demotivasi untuk belajar. Selain itu, perubahan medium belajar dari fizikal ke dalam talian yang disebabkan oleh COVID sangat memberi impak kepada momentum belajar," katanya.

 

Awang Muhammad Efwad Rashyad turut merasa bersyukur dengan adanya dorongan dari ibu bapa yang tidak pernah putus-putus mendoakan kejayaan beliau sehingga ke hari ini malahan, sangat teruja kerana dapat bersua muka dengan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang seterusnya berkenan mengurniakan sekalung ijazah kepada beliau bersama teman-teman seperjuangannya selama empat tahun menuntut di UBD.

 

Ini juga turut dirasai sama oleh Dayang Farah Nurimanina binti Md. Jaya yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Dalam Ekonomi Digital yang gembira dan bangga setelah menamatkan kursus tersebut.

 

“Alhamdulillah juga kerana saya terus diberi peluang pekerjaan  setelah menamatkan pengajian tetapi semangat untuk meneruskan lagi pengajian ke peringkat seterusnya masih ada. InsyaaAllah, sekiranya diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran saya akan mengambilnya," ucapnya.

 

Kejayaan ini menurutnya, adalah atas sokongan kedua ibu bapa dan keluarga dalam apa yang beliau lakukan. Selain itu, sahabat-sahabat universiti dan pensyarah-pensyarah juga banyak membantu beliau dalam pelajaran. Dengan pertolongan dan dorongan mereka beliau dapat menghabiskan pengajiannya selama tempoh 4.5 tahun.

 

Manakala, Awangku Muhammad Hafiz bin Pengiran Haji Redzuan dari Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dalam temu bualnya mengingatkan apa yang penting sebagai seorang pelajar adalah disiplin diri dalam pengajian.

 

“Alhamdulillah saya merasa bersyukur dan bangga atas pencapaian ijazah sarjana muda saya di Universiti Brunei Darussalam. Keluarga merupakan dorongan pertama saya dalam melanjutkan ijazah sarjana muda di UBD dalam tempoh selama empat tahun," terang Awangku Muhammad Hafiz.

 

Beliau juga merancang selepas tamat pengajian nanti untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan kemahiran beliau.

 

Bahkan, Awangku Muhd Zainul Muttaqin bin Pengiran Jaludin yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Chemistry) juga memberitahu selesai pengajian ini beliau ingin mengambil kesempatan untuk mencari pekerjaan di dalam mana-mana bidang untuk meluaskan lagi pengalamannya.

 

“Perasaan yang sangat gembira dan bersyukur setelah empat tahun belajar di UBD. Banyak cabaran yang dihadapi sepanjang empat tahun tersebut sepertimana negara kita pernah dilanda COVID-19 dan telah menjejaskan cara pembelajaran kepada 'online'. Antara lain cabaran yang di hadapi juga adalah keperluan untuk sentiasa konsisten sepanjang empat tahun tersebut," jelasnya.

 

Namun begitu, ibu bapa ujarnya, adalah pendorong utama beliau sejak memulakan pengajian. Malahan, kawan-kawan dan tenaga-tenaga pengajar juga banyak membantu di samping kita memperbanyakkan doa kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech

 2024-04-30 10:42:36

US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes

 2024-04-30 10:37:24