FacebookInstagramTwitterContact

 

Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>           Strengthening Health Services Quality           >>           Appointment Letters Presentation           >>           Islamic Turkish Calligraphy Course           >>           Football Clinic with EPL Legends Players           >>           Official Luncheon           >>           Memorandums of Understanding Signing Ceremony           >>           Bilateral Meeting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kejayaan Dicapai Atas Sokongan, Restu, Reda Keluarga


 


 August 22nd, 2023  |  10:53 AM  |   76 views

TUNGKU LINK

 

Dalam mengejar ilmu dan segulung ijazah, para graduan Universiti Brunei Darussalam (UBD) sanggup bertungkus-lumus beberapa tahun mengharungi pelbagai cabaran, kini telah tiba saat yang dinanti-nantikan oleh para graduan dan lebih bermakna apabila hari bersejarah itu disaksikan ibu bapa bagi berkongsi kegembiraan mereka.

 

Tinjauan Pelita Brunei ke Majlis Konvokesyen UBD Ke-35, sesi petang yang berlangsung di Dewan Canselor UBD tersebut menyaksikan para graduan melahirkan rasa syukur dan gembira kerana berjaya menamatkan pembelajaran mereka.

 

Dayang Khairul Bariah binti Ahmad yang telah berjaya menamatkan Ijazah Sarjana dalam bidang Dasar Awam dan Pengurusan semasa ditemu bual menjelaskan rasa syukurnya ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala di atas izin-Nya, serta gembira atas pencapaian berkenaan.

 

“Perasaan sangat gembira dengan pencapaian ini dan sangat berterima kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan juga jabatan serta kementerian tempat saya bekerja kerana telah memberi peluang untuk mengikuti kursus ini secara cuti belajar dan latihan dalam perkhidmatan penuh.

 

“Saya juga sangat berterima kasih kepada suami, anak-anak dan ibu bapa kerana telah menyokong dan memahami saya selama mengikuti kursus ini," ujarnya lagi.

 

Beliau yang merupakan ibu kepada tiga orang anak perempuan, semasa ditanyakan mengenai cabaran dalam menempuhi pembelajaran di UBD menjelaskan dalam masa yang sama beliau juga turut menjaga kedua ibu bapanya semasa ditahan di rumah sakit dan terpaksa menjalani pembedahan.

 

“Kedua ibu bapa saya terpaksa menjalani pembedahan dan janji temu hospital. Jadi saya perlu berhati-hati dalam menguruskan masa saya, antara belajar dan keluarga," tambahnya lagi.

 

Beliau seterusnya menasihati bagi sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran untuk tidak mudah berputus asa dan berusaha sekeras mungkin untuk menamatkan pembelajaran tersebut, selain memohon doa dan reda ibu bapa, pasangan dan juga ahli keluarga yang lain.

 

Manakala Awang Danny Alvin Rhyme anak Jaian semasa ditemu bual turut merakam rasa syukurnya dan sangat gembira kerana berjaya menamatkan Ijazah Sarjana dalam bidang Logistik.

 

Tambahnya, dalam menamatkan Ijazah Sarjana dalam masa satu tahun berkenaan, beliau terpaksa menguruskan masa dengan bijak serta berdisiplin kerana banyak ilmu yang harus diambil dalam waktu yang begitu singkat.

 

Perbezaan pembelajaran antara Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana adalah begitu ketara kerana ia memerlukan pemikiran analitikal yang sangat baik, ujarnya lagi.

 

Beliau kemudiannya tidak lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli keluarga, kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah atas sokongan mereka di sepanjang pembelajarannya di UBD.

 

Sementara itu, Pelita Brunei juga berkesempatan untuk menemu bual Dayang Nur Amni binti Haji Sawal yang menamatkan Diploma dalam bidang Pendidikan.

 

Dayang Nur Amni yang telah menamatkan Ijazah Sarjana Mudanya beberapa tahun lalu, kini telah berkerja sebagai seorang guru di Sekolah Rendah Katok 'A' dikehendaki untuk menamatkan kursus berkenaan secara sepenuh masa (cuti sambil belajar).

 

Jelasnya, antara cabaran yang beliau alami semasa pembelajaran berkenaan ialah pembelajaran dalam talian (online) semasa wabak COVID-19 yang mana beliau terpaksa membahagikan masa antara keluarga dan juga belajar.

 

“Antara pelajaran yang boleh saya ambil ialah bagaimana cara untuk mengendalikan dan mengajar murid, etika sebagai seorang guru, ini termasuklah juga cara mengajar murid berkeperluan khas dan banyak lagi," ujarnya.

 

Beliau seterusnya sangat bersyukur dan mengucapkan terima kasih diatas peluang pembelajaran yang telah diberikan oleh Kementerian Pendidikan tersebut, selain menanamkan hasratnya untuk menyambung pembelajaran pada masa akan datang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Philips Pays $1.1bn To Settle Respirator Case

 2024-04-30 00:23:36