FacebookInstagramTwitterContact

 

The US Supreme Court Rejects Elon Musk’s Appeal In ‘Funding Secured’ Tweet Ruling           >>           Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech           >>           US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes           >>           Vinted Makes First Profit On Used Fashion           >>           Lose Weight Standing Around: New Study Finds Standing Rather Than Sitting For Six Hours Per Day Prevents Weight Gain, Aids Weight Loss           >>           Greens, Legumes And Unsaturated Fats: How To Reverse Diabetes With Food           >>           Unilever Recalls Magnum Ice Cream In The U.K. And Ireland Due To Possible Metal And Plastic Contamination           >>           Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


2 Sekolah Terima Anugerah ASEAN Eco-Schools Award


 


 August 22nd, 2023  |  10:49 AM  |   74 views

BERAKAS

 

Sekolah Rendah Pengiran Setia Negara Pg. Mohd Yusof dan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan terpilih sebagai penerima Anugerah ASEAN Eco-Schools Award kali keempat bagi kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang akan diadakan di Vientiane, Republik Demokratik Rakyat Lao pada 23 Ogos 2023.

 

Penyertaan Negara Brunei Darussalam (NBD) adalah diselaraskan oleh pihak Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP), Kementerian Pendidikan.

 

Sehubungan itu, wakil sekolah untuk menerima anugerah tersebut adalah terdiri daripada guru penyelaras program hijau iaitu Pegawai Pendidikan di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Awang Mohamad Shahrin bin Mohamad Said, dan Guru di Sekolah Rendah Pengiran Setia Negara Pg. Mohd Yusof, Dayang Wong Nee Ek.

 

Turut mengiringi penerima-penerima ialah Pegawai Pelajaran dari Pusat STEP, Dayang Nurul Fathiah Bazilah binti Haji Brahim, selaku National Focal Point bagi Negara Brunei Darussalam untuk ASEAN Working Group on Environmental Education (AWGEE).

 

ASEAN Eco-Schools Award adalah sebuah program penganugerahan yang diadakan sekali setiap empat tahun yang bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang membudayakan amalan-amalan terbaik dalam program hijau sekolah, dan seterusnya menggalakkan penglibatan sekolah-sekolah lain di seluruh negara untuk menjalankan inisiatif-inisiatif hijau di sekolah masing-masing.

 

Pencalonan sekolah-sekolah tersebut adalah berdasarkan penglibatan aktif sekolah dari tahun 2019 hingga 2023 berkaitan dengan penjagaan alam sekitar yang dikendalikan dan diikuti oleh sekolah masing-masing di dalam atau luar negara.

 

Selain itu, sekolah-sekolah tersebut telah menerima status emas, perak atau gangsa di dalam Green School Status 2021 yang berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh ASEAN dan dikendalikan oleh Pusat STEP.

 

Para wakil juga akan menyertai aktiviti seperti bengkel dan lawatan ke sekolah-sekolah, perkongsian amalan-amalan terbaik di sekolah-sekolah ASEAN selain menerima anugerah tersebut.

 

Para penerima juga berpeluang untuk berinteraksi sesama wakil penerima anugerah ASEAN Eco-Schools Award dan ASEAN Youth Eco Champions Award (AYECA) daripada negara-negara ASEAN yang lain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech

 2024-04-30 10:42:36

US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes

 2024-04-30 10:37:24