FacebookInstagramTwitterContact

 

The US Supreme Court Rejects Elon Musk’s Appeal In ‘Funding Secured’ Tweet Ruling           >>           Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech           >>           US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes           >>           Vinted Makes First Profit On Used Fashion           >>           Lose Weight Standing Around: New Study Finds Standing Rather Than Sitting For Six Hours Per Day Prevents Weight Gain, Aids Weight Loss           >>           Greens, Legumes And Unsaturated Fats: How To Reverse Diabetes With Food           >>           Unilever Recalls Magnum Ice Cream In The U.K. And Ireland Due To Possible Metal And Plastic Contamination           >>           Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pertandingan Tonjol Murid Petah Sampaikan Tazkirah


 


 August 22nd, 2023  |  10:47 AM  |   85 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Awang Muhammad Amir Amsyar bin Awang Jufri dari Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Dayang Annabella Rizqina binti Izwandi dari Sekolah Persediaan Arab, Bandar Seri Begawan masing-masing diumumkan sebagai juara Peringkat Akhir Pertandingan Tazkirah Cilik Sekolah-sekolah Rendah Senegara Bagi Tahun 2023 bagi Kategori Lelaki dan Perempuan.

 

Tempat kedua bagi Kategori Lelaki disandang oleh Awangku Mohd. Aidil Faez bin Pengiran Wira Shahrol@Pengiran Mas Wendy dari Sekolah Rendah Awang Haji Mohd. Yusof Katimahar dan tempat ketiga ialah Awang Zaffarul Islam bin Md. Yosuff dari Sekolah Rendah Jerudong.

 

Manakala bagi Kategori Perempuan pula, tempat kedua disandang oleh Dayang Maryam Az-Zahra binti Mahfudz dari Sekolah Al-Falaah diikuti tempat ketiga ialah Dayang Rania Arissa binti Awang Hamzah dari Sekolah Rendah Jerudong.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang pertandingan yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, di sini ialah Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Julaihi bin Mohamad / Mohamat.

 

Pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Lelaki yang disertai oleh 19 pelajar dan Kategori Perempuan yang disertai oleh 20 pelajar. Seramai empat pelajar dari setiap kategori berjaya ke peringkat akhir.

 

Pertandingan anjuran Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kegiatan Kerohanian, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dibukakan kepada para pelajar di sekolah rendah kerajaan dan swasta senegara di mana setiap sekolah dibenarkan untuk menghantar dua peserta bagi setiap kategori.

 

Antara tujuan pertandingan tersebut adalah untuk menonjolkan murid yang petah dalam menyampaikan tazkirah.

 

Ia juga diharap akan dapat mengasah dan mencungkil bakat para pelajar dari segi perkongsian ilmu pengetahuan serta ke arah menjayakan Wawasan Brunei 2035 untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech

 2024-04-30 10:42:36

US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes

 2024-04-30 10:37:24