FacebookInstagramTwitterContact

 

Taddabur Al-Qur'an and Donation Presentation           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           'Majlis Jiwa Murni'           >>           Prize Presentation           >>           Lopez Double Move Barca Closer To Top Two Finish With Win Over Almeria           >>           Chelsea To Land £5m Bonus From Hazard's Madrid Move – Source           >>           Robin Van Persie Lands First Head Coach Role With Heerenveen           >>           Sergio Agüero Record Broken By 14-Year-Old In Argentina           >>           China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market           >>           Severn Trent Boss Defends Multi-Million Pay Packet           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pesambah Istimewa Untuk Raja Tercinta


 


 August 18th, 2023  |  09:31 AM  |   177 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Alunan merdu bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada seramai 1,708 peserta khatam menyemarakkan lagi Majlis Khatam Al-Quran 77 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-penuntut Sekolah dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 Bagi Tahun 2023 yang berlangsung di Dewan Persantapan Diraja, Istana Nurul Iman.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat pada majlis berkenaan.

 

Berangkat sama.  paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia  dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berserta kerabat diraja dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; dan Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis berserta isteri masing-masing.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

 

Seterusnya bacaan Khatam Al-Quran beramai-ramai diketuai oleh Awang Abdul Matin bin Zulnorein, pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja, Jabatan Pengajian Islam (JPI) yang merupakan Johan Kategori B, Musabaqah Menghafaz Al-Quran berserta Pemahamannya Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

 

Diikuti dengan bacaan Takhtim yang dipersembahkan oleh para pegawai dan guru ugama dari JPI, disusuli dengan bacaan Tahlil oleh para pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM).

 

Bacaan Doa Khatam pula dikepalai oleh peserta khatam Al- Quran, Awang Muhamad Adam Khairuddin bin Abdullah Muhamad Hassanuddin, yang merupakan pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja, JPI dan pernah menjadi Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Bahagian Sekolah / Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB)  Peringkat Akhir bagi Tahun 2021.

 

Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban oleh para pegawai dari JHEM serta para pegawai dan guru ugama perempuan dari JPI.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

 

Para peserta khatam Al-Quran kali ini terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di keempat-empat daerah seluruh negara, iaitu kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliawanis yang dipilih untuk mewakili mukim dan kampung termasuk para penuntut ITQSHHB, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran Remaja; Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili sekolah-sekolah ugama Kementerian Hal Ehwal Ugama, iaitu dari Sekolah-sekolah Arab dan Al-Falah, Sekolah-sekolah Ugama, Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Skim Tilawah Al-Quran Remaja dan juga para penuntut sekolah seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan dan institusi-institusi pengajian tinggi.

 

Penglibatan para peserta khatam daripada pelbagai peringkat umur yang datang dari seluruh daerah bagi majlis berkenaan jelas mencerminkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada raja yang dikasihi dan sebahagian peserta yang terlibat dari luar daerah sudah pun bersedia dan bertolak daripada lokasi mereka sejak awal pagi lagi.

 

Antara lain, majlis juga adalah sebagai pesambah buat raja yang dikasihi dan disayangi oleh seluruh lapisan rakyat jelata di negara ini, di samping memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga baginda kekal karar memerintah negara di atas singgahsana.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55