FacebookInstagramTwitterContact

 

Greens, Legumes And Unsaturated Fats: How To Reverse Diabetes With Food           >>           Unilever Recalls Magnum Ice Cream In The U.K. And Ireland Due To Possible Metal And Plastic Contamination           >>           Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>           Strengthening Health Services Quality           >>           Appointment Letters Presentation           >>           Islamic Turkish Calligraphy Course           >>           Football Clinic with EPL Legends Players           >>           Official Luncheon           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


DPMM FC Terlepas Peluang Mara Ke Pusingan ‘Playoff Stage’


 


 August 17th, 2023  |  08:39 AM  |   4168 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pasukan Brunei DPMM FC terlepas peluang mara ke pusingan 'playoff stage' setelah tewas kepada Yangon United FC, pada pusingan peringkat awal (Zon ASEAN) Piala Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC Cup) 2023 / 2024 yang berlangsung di Stadium Thuwunna, Myanmar.

 

DPMM FC yang membuat penampilan sulungnya dalam Piala AFC 2023 / 2024 terpaksa akur dengan kekalahan tipis, 1 – 2 kepada pasukan tuan rumah itu.

 

Pada pertembungan itu, skuad DPMM FC berjaya memberi saingan kepada pasukan bimbingan Gerd Zeise, di hadapan ribuan penyokong tuan rumah, dengan kedua-dua pasukan saling melakukan serangan.

 

Yangon United FC yang mempunyai kelebihan bermain di halaman sendiri lebih mendominasikan perlawanan dan memiliki beberapa peluang keemasan namun ketangkasan penjaga gawang DPMM FC, Kristijan Naumovski menafikan impian Yangon United FC untuk mendahului pada babak pertama.

 

Walaupun diasak pihak lawan, skuad DPMM FC turut menghadirkan ancaman buat benteng Yangon United FC menerusi serangan balas.

 

Kedua-dua pasukan buntu meledak jaringan yang dicari-cari sehingga wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.

 

Minit-minit awal separuh masa kedua, kedua-dua pasukan yang tampil dengan semangat baharu terus melancarkan serangan dengan masing-masing mencari ruang bagi menjaringkan gol pembukaan, namun belum menemui penyudahnya.

 

Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh skuad DPMM FC akhirnya membuahkan hasil apabila sepakan tajam Farshad Noor berjaya melepasi barisan pertahanan Yangon United FC, dan menewaskan penjaga gawangnya, Sann Sat Naing pada minit ke-78.

 

 

 

Namun, kegembiraan skuad negara kendalian Adrian Pennock, terhenti apabila selang seminit kemudian, pemain import Yangon United FC kelahiran Colombia, Jose Adolfo Valencia menghadiahkan gol penyamaan apabila tandukannya tepat ke pintu gawang DPMM FC setelah menerima umpanan daripada rakan sepasukannya, Win Thein Zaw.

 

Menuju minit-minit akhir perlawanan, kedua-dua pasukan semakin garang berbalas serangan untuk mencari gol kemenangan, dan akhirnya pasukan tuan rumah berjaya mencipta gol keduanya pada minit ke-90 menerusi Win Thein Zaw.

 

Dengan kemenangan tersebut, Yangon United FC dijadual akan bertemu dengan pasukan Indonesia, PSM Makassar pada pusingan 'playoff' Piala AFC pada 23 Ogos nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Philips Pays $1.1bn To Settle Respirator Case

 2024-04-30 00:23:36