FacebookInstagramTwitterContact

 

US Confirms First Aid Trucks Arrive Via Gaza Pier           >>           Mass Wedding For Nigeria Orphans Sparks Outcry           >>           'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody           >>           Weather Photography Exhibition           >>           Students Platform Idea Presentation           >>           Students Orientation           >>           Brunei Darussalam wins Best Tourist Marketing Award           >>           'The Pilgrimage: A Sacrifice'           >>           Taddabur Al-Qur'an and Donation Presentation           >>           Kesyukuran Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Miliki Pelbagai Jenis Rokok


 


 August 9th, 2023  |  11:25 AM  |   812 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dua warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006 kerana memiliki barang-barang tegahan kastam, iaitu rokok pelbagai jenis.

 

Hakim Harnita Zelda Skinner membuat keputusan berkenaan selepas Tedi Taufiq (defendan 1 - D1), 32 tahun; dan Muhammad Rofiq (defendan 2 – D2), 39 tahun didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006 dan dijatuhi hukuman.

 

Kedua defendan ditangkap oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Cawangan Daerah Brunei dan Muara di sebuah restoran di Kampung Kiarong dan di sebuah rumah pekerja di Kampung Kiarong.

 

Mengikut pertuduhan, defendan didakwa memiliki pelbagai jenis rokok, iaitu (D1) memiliki satu karton; 30 paket dan 17 batang rokok pelbagai jenis.

 

Manakala, (D2) memiliki 36 karton dan 29 paket rokok pelbagai jenis berserta wang tunai sebanyak BND728.

 

Mengikut pertuduhan pertama (D1), bagi kesalahan memiliki satu paket rokok, tertuduh dijatuhi hukuman denda mahkamah sebanyak BND5,000 atau lima bulan pemenjaraan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

 

Manakala bagi pertuduhan kedua (D1 dan D2), bagi kesalahan memiliki satu karton dan 29 paket rokok pelbagai jenis, setiap tertuduh dijatuhi hukuman denda mahkamah sebanyak BND5,000 atau lima bulan pemenjaraan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

 

Sementara pertuduhan ketiga (D2), bagi kesalahan memiliki 35 karton rokok pelbagai jenis, tertuduh dijatuhi hukuman denda mahkamah sebanyak BND28,000 atau 14 bulan pemenjaraan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

 

Bagi pertuduhan keempat (D1), bagi kesalahan memiliki 17 batang rokok, tertuduh dijatuhkan hukuman denda mahkamah sebanyak BND5,000 atau lima bulan pemenjaraan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

 

Bagi D1, jumlah hukuman denda adalah sebanyak BND15,000 atau 15 bulan pemenjaraan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

 

Bagi D2, jumlah hukuman denda adalah sebanyak BND33,000 atau 19 bulan pemenjaraan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

 

Semua barang yang terlibat, iaitu rokok dan wang tunai sebanyak BND728 dihukum rampas untuk diserahkan ke kerajaan bagi tujuan dimusnahkan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55