FacebookInstagramTwitterContact

 

Mike Johnson And Vivek Ramaswamy: Republicans Flock To Court To Show They Stand With Trump           >>           Stevie On The Wonder Of Becoming A Ghanaian Citizen           >>           Jailed Thai Activist, 28, Dies After Hunger Strike           >>           Turkish Embassy Hosts Bangladeshi Diplomats           >>           Opening of Registration for Penilaian Sekolah Rendah 2024           >>           Water Tank Cleaning Works           >>           Blood Donation Campaign           >>           Participate in Overseas Learning Journey Programme           >>           Endowment of UNISSA's Mushaf Handover Ceremony           >>           Launching of Prototype Vehicle           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Mengurniakan Watikah, Menerima Surat Tauliah


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina, Puan Yang Terutama Hajah Johariah binti Haji Abdul Wahab. | FOTO: PELITA BRUNEI ( Mohamad Azmi Awang Damit, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali )

 


 October 26th, 2016  |  10:46 AM  |   1282 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 25 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta-Duta Besar yang baru ke negara ini.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina, Puan Yang Terutama Hajah Johariah binti Haji Abdul Wahab.

25102016 AMIRUL WATIKAH 2

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ouk Chandara.

 

25102016 AMIRUL WATIKAH 3

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum.

 

25102016 AMIRUL WATIKAH 4

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Tariq Rashid Khan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ouk Chandara; Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Tariq Rashid Khan.

 

Majlis tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman.

 

Selepas majlis tersebut, KDYMM seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik.

 

25102016 AMIRUL MENGADAP 6

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina, Puan Yang Terutama Hajah Johariah binti Haji Abdul Wahab.

 

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina, Puan Yang Terutama Hajah Johariah binti Haji Abdul Wahab, sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pengarah di Jabatan ASEAN, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

 

Seterusnya baginda berkenan menerima mengadap secara berasingan Duta-Duta Besar yang baru ke Negara Brunei Darussalam.

 

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ouk Chandara sebelum ini bertugas sebagai Pengarah di Jabatan Penerangan dan Dokumentasi, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa, Kemboja.

 

25102016 AMIRUL MENGADAP 8

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ouk Chandara yang baru dilantik.

 

25102016 AMIRUL MENGADAP 10

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum yang baru dilantik.

 

25102016 AMIRUL MENGADAP 12

 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Tariq Rashid Khan yang baru dilantik.

 

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum, pernah bertugas sebagai Pengarah Bahagian Operasi Kemanusiaan, Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia.

 

Manakala Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (Bersara) Tariq Rashid Khan, sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Tambahan di Kementerian Pengeluaran Pertahanan, Republik Islam Pakistan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Jailed Thai Activist, 28, Dies After Hunger Strike

 2024-05-15 03:24:38

Scottish Water Investigates Chemical Waste Reports

 2024-05-14 02:27:20