FacebookInstagramTwitterContact

 

The US Supreme Court Rejects Elon Musk’s Appeal In ‘Funding Secured’ Tweet Ruling           >>           Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech           >>           US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes           >>           Vinted Makes First Profit On Used Fashion           >>           Lose Weight Standing Around: New Study Finds Standing Rather Than Sitting For Six Hours Per Day Prevents Weight Gain, Aids Weight Loss           >>           Greens, Legumes And Unsaturated Fats: How To Reverse Diabetes With Food           >>           Unilever Recalls Magnum Ice Cream In The U.K. And Ireland Due To Possible Metal And Plastic Contamination           >>           Walkathon           >>           Launching of 1st Entrepreneurship and Innovation Challenge           >>           Authority of National Historical Sources           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memupuk Budaya Membaca Al-Quran


 


 April 16th, 2023  |  07:47 AM  |   154 views

KILANAS

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dan jabatan-jabatan di bawahnya pada petang tadi telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi, bertempat di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

 

Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan wakaf oleh Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Rozisham bin Haji Chuchu juga selaku Ketua Imam bagi Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit yang berupa barang keperluan bagi masjid berkenaan.

 

Majlis diteruskan dengan Tadarus Al-Quran secara beramai-ramai serta diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dipimpin oleh Ketua Imam di masjid tersebut.

 

Acara juga diserikan dengan tazkirah bertajuk 'Memanfaatkan Hari-Hari Terakhir Ramadhan' yang disampaikan oleh Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Pensyarah Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yussof.

 

Tazkirah antara lain menyeru untuk meningkatkan amalan di akhir Ramadan kerana tiada sesiapa pasti dapat bertemu Ramadan akan datang.

 

Tambahnya, ada juga golongan yang terhalang dari mendapat kebaikan di bulan Ramadan, ini perlu kita sedari.

 

Tambahnya, tazkirah juga menyeru untuk berbakti kepada kedua orang tua dan tidak lalai dari perkara duniawi terutama sekali di saat-saat akhir bulan Ramadan selain bekal taqwa akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga kita menghadap Ilahi.

 

Majlis kemudian disusuli dengan berbuka puasa dan Solat Fardu Maghrib Berjemaah.

 

Majlis Khatam Al-Quran adalah merupakan aktiviti keugamaan KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya yang diadakan pada setiap tahun di bulan Ramadhan yang mana bertujuan untuk menyemarakkan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan bagi memupuk budaya membaca Al-Quran, di samping meraih keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap I, Awang Haji Yusree bin Haji Junaidi; Timbalan Setiausaha Tetap II, Dayang Hajah Dahliana binti Haji Aliakbar; ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan di KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tensions Grow As China Ramps Up Global Mining For Green Tech

 2024-04-30 10:42:36

US Probes Ford Hands-Free Driving Tech After Crashes

 2024-04-30 10:37:24