FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           IBTE Job Fair           >>           Bead Embroidery Basic Skills Course           >>           Occasional Heavy and Thundery Showers are expected to occur until 19th May 2024           >>           Haj Ritual Guidance           >>           Community Leaders Programme           >>           UTB Project Showcase 2024           >>           Provision of Holistic Ecosystem           >>           International Day of Families 2024           >>           MoU Signing           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


ASEAN Dapat Beri Bantuan Kepada Rakyat NBD Di Luar Negeri


 


 March 12th, 2023  |  08:13 AM  |   145 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pada hari ketujuh Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, di sini, Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Salleh Bostaman bin Haji Zainal Abidin menimbulkan persoalan di negara-negara yang belum ada perwakilan negara di buka seperti di Central America, Caribbean, Africa dan seumpamanya dan Yang Berhormat memohon saranan daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (KHELN) bagi ahli-ahli perniagaan di negara ini yang ingin meneroka perdagangan kerjasama atau individu-individu sebelum mereka berangkat ataupun apabila mereka menghadapi musibah di tempat yang mereka berada.

 

Menjawab soalan tersebut, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II , Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof menjelaskan, memang digalakkan ahli-ahli perniagaan tersebut dan juga rakyat Negara Brunei Darussalam (NBD) untuk keluar negara, sama ada misi atau perwakilan di negara tersebut ataupun tidak, itu barang kali adalah isu 'practicality' sebagai sebuah negara yang kecil memanglah untuk mengadakan 193 misi Brunei, di setiap negara di dunia ini memanglah mungkin lebih di atas dan di luar kemampuan kementerian berkenaan dan dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk memberi peruntukan.

 

Walau bagaimanapun kata Yang Berhormat, terdapat satu sistem yang menarik dalam ASEAN yang telah diperkenalkan semasa negara ini mempengerusikan ASEAN pada tahun 2013.

 

“Sistem ini dinamakan '3rd Country Consular Assistance' dalam mana sekiranya ada rakyat Brunei menghadapi kesukaran di negara-negara yang mana NBD tiada mempunyai perwakilan tetapi salah satu daripada negara ASEAN mempunyai perwakilan maka bantuan dapat dipohonkan menerusi KHELN Brunei untuk memohon kepada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang ada di negara tersebut untuk memberi bantuan konsular, jadinya sistem ini memang ada dan ini menunjukkan kepentingan ASEAN kepada keahlian kita dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dalam mana kerjasama-kerjasama seperti ini dapat dilaksanakan," ujar Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, walaupun negara seperti Chile, di mana perwakilan NBD yang ada paling dekat mungkin New York tetapi boleh memohon perwakilan di salah sebuah negara ASEAN yang lainnya seperti Malaysia untuk memberi bantuan dan pernah terjadi salah seorang rakyat Brunei kehilangan pasport dan kewangan kerana kes curi.

Buat sementara itu jelas Yang Berhormat, dipohonkan bantuan daripada pihak Kedutaan Malaysia menerusi kementeriannya untuk memberikan bantuan sementara dapat memberikan pasport baharu ataupun dokumen perjalanan baharu dan membeli tiket untuk pulang.

 

Jelas Yang Berhormat lagi, bukan sahaja secara 'uniliteral' ataupun persendirian tetapi menerusi ASEAN sendiri kita dapat memberi bantuan kepada rakyat-rakyat NBD yang di luar negeri.

 

Mengenai berapa ramai rakyat NBD yang dipenjara di luar negara dan apakah pemantauan yang diberikan untuk memantau kesejahteraan mereka,  Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri menjelaskan jumlah rakyat ataupun penduduk NBD yang berada dalam penjara di luar negara, memang ada maklumat tersebut di Jabatan Konsular.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China-Russia Relations: What Is Xi Jinping Prepared To Pay For Putin’s War?

 2024-05-16 04:59:31

Royal Mail Owner Poised To Accept £3.5bn Takeover Bid

 2024-05-16 00:10:34