FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           IBTE Job Fair           >>           Bead Embroidery Basic Skills Course           >>           Occasional Heavy and Thundery Showers are expected to occur until 19th May 2024           >>           Haj Ritual Guidance           >>           Community Leaders Programme           >>           UTB Project Showcase 2024           >>           Provision of Holistic Ecosystem           >>           International Day of Families 2024           >>           MoU Signing           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Fokus Pendidikan Holistik Seluruh Peringkat


 


 March 12th, 2023  |  08:05 AM  |   108 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Tahun Kewangan 2022/2023 adalah sangat bermakna kepada sektor Pendidikan khasnya dalam memastikan kesinambungan usaha-usaha strategik yang dilaksanakan sejauh ini bagi mendepani kesan penularan COVID-19 di ke semua sekolah-sekolah dan institusi pendidikan kerajaan dan swasta di Negara Brunei Darussalam.

 

Apa yang pasti, selain menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan pelajar, penutupan sekolah selama 185 hari di berbagai peringkat persekolahan dalam fasa-fasa pemulihan COVID-19 juga telah membawa gangguan kepada pembelajaran dan kehilangan pembelajaran (Learning Loss) sebilangan pelajar.

 

Justeru, antara inisiatif utama khasnya dalam menangani isu 'Learning Loss' ialah menerusi perlaksanaan Program Pemulihan Pembelajaran (Learning Recovery Programme) bagi Pendidikan rendah dan menengah dalam literasi, numerasi dan sains.

 

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh menjelaskan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan mukadimah pada hari ketujuh Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi berlangsung hari ini di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Pendekatan itu juga tambah Yang Berhormat, turut memberikan nilai tambah serta dokongan kepada inisiatif jangka panjang sedia ada, iaitu Program Sokongan Pembelajaran (Learning Support Programme) yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran literasi dan numerasi di setiap sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

 

Namun di samping usaha-usaha pemulihan pembelajaran ini, jelas Yang Berhormat lagi, Kementerian Pendidikan terus sahaja memberikan tumpuan kepada bidang-bidang keutamaan lainnya merentasi semua peringkat pendidikan rendah, menengah, pasca menengah dan pengajian tinggi, selaras dengan kepentingan bagi penyediaan Pendidikan yang holistik serta meningkatkan potensi pelajar termasuklah mereka yang berkeperluan khas.

 

Yang Berhormat seterusnya berkata, pencapaian Kementerian Pendidikan yang sebelum ini dan perencanaan inisiatif-inisiatif akan datang adalah sejajar dengan Matlamat-Matlamat Wawasan Brunei 2035 khususnya Matlamat 1, iaitu Rakyat Yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi dan Berjaya.

 

“Dalam hubungan ini, sukacita kaola / saya kongsikan bahawa sejak Petunjuk Prestasi Utama Kebangsaan Wawasan diperkenalkan dalam tahun 2016 sehinggalah tahun 2021, Alhamdulillah, Kementerian Pendidikan telah berjaya mencapai sasarannya dalam tiga bidang, iaitu 'Peratus guru yang berkelayakan dan berkualiti tinggi'; 'Peratus institusi pendidikan yang berada di tahap minima standard sekolah'; dan 'Kadar pengijazahan (pengajian tinggi dan pendidikan teknik dan vokasional)'," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Namun demikian terang Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan juga turut menghadapi cabaran dalam mencapai sepenuhnya sasaran bagi tiga bidang lainnya, iaitu 'Peratus Pelajar Tahun 1 dan 3 yang sekurang-kurangnya Berada Di Tahap Standard Minima Literasi dan Numerasi'; 'Peratus Lulus Dalam BC GCE 'O' Level Dengan 5 'O' Levels dan Ke atas Atau Yang Sebanding Dengannya'; dan 'Kadar Kemasukan Ke Pasca-Menengah'.

 

“Justeru, sayugia juga Kaola/Saya ingin nyatakan bahawa cabaran-cabaran dalam mencapai sepenuhnya sasaran tersebut adalah bersifat 'cross-cutting' dan memerlukan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan selaras dengan pendekatan 'senegara' atau 'whole of nation'.

 

“Dalam masa yang sama, perkara ini juga dilihat sebagai satu peluang dan ruang bagi Kementerian Pendidikan untuk terus menerokai pendekatan-pendekatan baharu yang berimpak besar serta memperkemas setiap tindakan-tindakan pelaksanaan dan pemantauan yang sedia ada. InsyaaAllah," jelas Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China-Russia Relations: What Is Xi Jinping Prepared To Pay For Putin’s War?

 2024-05-16 04:59:31

Royal Mail Owner Poised To Accept £3.5bn Takeover Bid

 2024-05-16 00:10:34