FacebookInstagramTwitterContact

 

Blood Donation Campaign           >>           IBTE Job Fair           >>           Bead Embroidery Basic Skills Course           >>           Occasional Heavy and Thundery Showers are expected to occur until 19th May 2024           >>           Haj Ritual Guidance           >>           Community Leaders Programme           >>           UTB Project Showcase 2024           >>           Provision of Holistic Ecosystem           >>           International Day of Families 2024           >>           MoU Signing           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


UNISSA – PSB Anjur Program Negaraku Kebanggaanku


 


 March 12th, 2023  |  07:52 AM  |   120 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

- PSB menjalin kerjasama selama empat dekad dengan UNISSA melalui pelbagai bentuk program atau projek kerjasama antaranya penempatan kerja, program-program sejarah, Program Perintis Pakar Sejarah Secara Berkala dan sesi ceramah di penBORNEO.

 

- DENGAN penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) yang sedia ada di antara kedua-dua belah pihak, penyertaan PSB dalam Program Negaraku Kebanggaanku dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua belah pihak.

 

Program Negaraku Kebanggaanku sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali Ke-39, tahun 2023 yang berlangsung sehari berkenaan diakhiri dengan majlis penutupnya petang tadi di kampus Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Gadong di sini.

 

Adapun program berkenaan merupakan anjuran secara kolaborasi di antara UNISSA melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) dengan Pusat Sejarah Brunei (PSB).

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pengetua PSB, Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.

 

Dr. Haji Muhammad Hadi dalam ucapannya antara lain menyatakan, PSB menjalin kerjasama selama empat dekad dengan UNISSA melalui pelbagai bentuk program atau projek kerjasama antaranya penempatan kerja, program-program sejarah, Program Perintis Pakar Sejarah Secara Berkala dan sesi ceramah di penBORNEO.

 

Menurutnya lagi, dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) yang sedia ada di antara kedua-dua belah pihak, penyertaan PSB dalam Program Negaraku Kebanggaanku dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua belah pihak.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA, Muhammed Sahrin bin Haji Masri.

 

Program kemudian disemarakkan lagi dengan pelbagai corak persembahan antaranya Forum Bicara Kebangsaan, Pentas Puisi Patriotik Kebangsaan dan tayangan video 'Selayang Pandang' dan montaj.

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada ahli panel dan moderator forum serta hadiah dan cenderamata kepada peserta Pentas Puisi Patriotik Kebangsaan dan National Spirit Day.

 

Turut hadir, Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, Muhammed Sahrin bin Haji Masri; Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA, Profesor Madya Dr. Anis Malik Thoha; Timbalan Pengetua PSB, Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh; serta para pegawai kanan UNISSA dan PSB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China-Russia Relations: What Is Xi Jinping Prepared To Pay For Putin’s War?

 2024-05-16 04:59:31

Royal Mail Owner Poised To Accept £3.5bn Takeover Bid

 2024-05-16 00:10:34